Wednesday, September 06, 2017

PEDANG, Cantas Saja Lembu PAN Itu!


ADA seorang pemimpin parti politik baru nak naik (baca:PAN) melarang gambar sembelihan ditularkan dalam media sosial dengan berkata:

Sembelih hadapan haiwan lain pun sangat makruh, inikan pula diviralkan. Usah buat masyarakat keliru dan kita dilihat tiada ihsan.”
Ramai terkejut dan bertanya apakah motif kenyataan ini? Apakah kaitan antara sembelih depan haiwan lain dan menularkannya di media sosial?
Memang betul makruh sembelih depan binatang lain, tapi apa masalah memuatnaik gambar sembelihan di Facebook? Adakah kerana lembu-lembu sudah memiliki akaun Facebook?
Seperti biasa, pelbagai hujah pelik dikeluarkan oleh pengikutnya bagi mengabsahkan pandangan karut itu.
Pedang rasa pihak yang menularkan gambar-gambar lembu disembelih dalam media sosial tidak salah. Lagipun, dengan menularkannya boleh menimbulkan kesedaran kepada umat Islam lain supaya menanam azam untuk melakukan korban pada tahun-tahun berikutnya.
Dalam al-Quran pun ada menyatakan sedekah boleh dilakukan secara terang-terangan atau bersembunyi. Maka, apa yang ditularkan itu boleh dianggap sebagai terang-terangan.
Apabila kehabisan hujah, pemimpin parti politik tadi mengaitkan pula dengan acara berkhatan.
Katanya: “Alhamdulillah tok mudim dan doktor di Malaysia tidak viralkan proses berkhatan di khalayak ramai.”
Cukup-cukuplah membuat orang keliru!
Pedang sedar dan tahu apa mesej sebenar yang ingin disampaikan. Ia adalah isu kitar semula yang dimainkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ia berpunca daripada sikap rahmah terlajak. Kononnya merekalah yang paling rahmah kepada penganut Hindu kerana tak mahu mereka tersinggung apabila binatang suci dalam agama mereka disembelih hidup-hidup oleh orang Islam.
Tak cukup untuk tunjuk rahmah kepada orang Hindu, kali ini, pemimpin PAN itu mahu tunjuk rahmah pula kepada binatang. Masalahnya hujahnya ke laut.
Isu pokok di sini ialah mengangkat syiar agama seperti firman Allah dalam Surah Al-Hajj ayat 32:
Demikianlah dan sesiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah, maka ia adalah daripada ketaqwaan hati.”
Ayat ini jelas menyuruh kita membesarkan syiar Allah. Apakah syiar Allah? Syiar-syiar agama Islam adalah syiar Allah. Allah menyeru umat Islam agar membesarkan syiar Allah seperti ibadah korban (ayat 30 dan 31 surah sama menceritakan soal binatang ternakan al-an’am), haji, solat, puasa, zakat dan lain-lain.
Mengapakah perlu diperbesarkan? Ini kerana Allah telah mensyariatkan kepada kita ibadah-ibadah berkenaan dan Allah lebih mengetahui berbanding kita.
Apakah kaitannya dengan takwa? Orang bertakwa tidak hanya beriman kepada Allah dan menunaikan ibadah seperti yang dituntut, bahkan membesarkan ibadah itu, mengangkatnya sebagai syiar agama, menghebahkannya kepada dunia akan ibadah itu.
Ini ajaran agama Islam yang tidak boleh dinafikan. Masalahnya, isu ini tidak timbul sejak puluhan tahun kita merdeka, tetapi dicetus semula orang pihak berkepentingan yang memanipulasi hujah Islam agama rahmah.
Realiti hari ini, banyak syiar Islam telah dikorbankan di Malaysia oleh orang Islam sendiri yang apologetik. Suara azan di surau, masjid dipertikaikan dan tidak dipertahankan, sedangkan ia syiar agama yang besar.
Pakaian menutup aurat juga diperlekehkan kononnya tidak mahu ketinggalan. Inilah hasil peninggalan penjajah kepada umat Islam di Malaysia sehinggakan cara berfikir dan bercakap soal agama pun berkiblatkan Barat.
Kata Pedang: Ikut nas syarak berbanding akal dan nafsu.
Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pedang (lidah pengarang Ismaweb.net), sila cantas saja dengan hujah puak-puak lembu liberal itu! Syabas dan tahniah..
Sila klik ini..

Sultan MUHAMMAD V (empat dari kanan) menyertai majlis ibadah Korban Perdana 2017 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails