Friday, September 15, 2017

Pengacara JJCM TV3 ‘Hina’ Pengetua Tahfiz Isu Syahid


Pengacara JJCM TV3 'Hina' Pengetua Tahfiz Isu Syahid

KEJADIAN kebakaran menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah di ibu negara semalam adalah insiden yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia.

Tragedi tergempar itu telah mengorbankan 21 pelajar dan dua warden. Manakala, dua pelajar yang terselamat dilaporkan masih dalam keadaan kritikal
Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod dilaporkan telah menyifatkan kematian para pelajar berkenaan sebagai syahid.
Menurutnya lagi, semua mangsa yang terkorban dan cedera dikatakan sanggup meninggalkan ibu bapa, adik beradik serta rakan sepermainan hanya untuk menuntut ilmu agama di pusat tahfiz.
“Budak masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Sanggup tinggalkan ibu bapa, masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama.
“Mereka ini, insya-Allah mati syahid,” kata Muhammad Zahid yang dipetik oleh sebuah portal online. Bagaimanapun, kenyataan tersebut dikatakan tidak disenangi ramai netizen.
Antaranya pengacara TV yang terkenal menerusi program Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman telah menempelak kenyataan tersebut dengan meluahkan rasa kecewa dan amarah di akaun Twitter miliknya.
...............
“Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me something I don’t know. Tell me if  you’ve done enough due diligence. Mereka datang untuk belajar, mereka mati kerana cuai,” tulisnya biadab.

Baca: Kes Tahfiz Terbakar – Mufti Seru Umat Islam Berdoa

Difahamkan, Naz, 39, berkata demikian kerana merasakan masih terdapat banyak pusat tahfiz yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) atau mengamalkan langkah keselamatan kecemasan yang betul.
Namun kenyataan ‘keras’ pengacara itu nyata bercanggah dengan kenyataan rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri semalam yang mengesahkan mangsa sebagai mati syahid.
Beliau turut memetik Hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya: “Orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.” (HR. Abu Daud, no. 3111.).
Sabda Nabi Muhammad SAW itu yang dirujuk Zulkifli jelas menyenaraikan mangsa maut akibat kebakaran juga termasuk ketika menuntut ilmu agama adalah sebagai mati syahid dan isu tersebut bukan perkara baharu.
Mungkin Naz hanya menyentuh aspek SOP bangunan tetapi mempertikaikan status syahid individu yang terbunuh dalam insiden tragik sedemikian menimbulkan persoalan berhubung tahap kefahaman agama Islam dirinya.
Semua maklum, menolak Hadis Rasulullah secara sengaja boleh dianggap sebagai terkeluar akidah Islam apatah lagi mempertikaikan hadis masyhur tersebut. Wallahu a’lam… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails