Tuesday, September 12, 2017

Pintu Rundingan PAS-PKR Akan Dibuka Semula.. -Pemuda PAS


KOTA BHARU – Pas hanya akan membuka pintu rundingan atau mengadakan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti itu meninggalkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, syarat tersebut perlu dipatuhi PKR sekiranya mereka ingin kembali semula bersama Pas.
“Pintu rundingan ini dibuka semula dengan syarat PKR me­ninggalkan DAP dan PAN. Ruang yang diberikan oleh Pas de­ngan mengekalkan lantikan politik PKR di Kelantan adalah bagi memberi kesempatan kepada mereka untuk berfikir,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sementara itu, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas negeri berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk berbincang dengan PKR di Kelantan yang dilihat berlembut dalam soal kerjasama tersebut.
“Pas Kelantan sudah membuka ruang dengan mengekalkan jawatan lantikan politik ahli dan pimpinan PKR di negeri ini meskipun hubungan tahaluf siyasi telah putus,” katanya.
Laporan akhbar baru-baru ini menyebut, PKR tidak mahu melayan desakan sekutu­nya, PAN supaya menyatakan pendirian dengan jelas soal kerjasama mereka dengan Pas di negeri ini.
Perkara itu jelas apabila Pe­ng­a­rah Komunikasi PKR negeri, Mohd. Sukirman Mustafa menegaskan, parti patuh dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin parti agar tidak memutuskan hubungan dengan Pas. – UTUSAN

1 comment:

Unknown said...

Apahal, PAS ni - asik bukak katup pintu.
Lama-lama tercabut semua engsel, langsung tak boleh bukak
atau terus ternganga, tak boleh katop.
Dalam hidup, kita kena buat SATU keputusan.
samadaa NAK atau TAKNAK.
Kalau taknak, buat cara takna, kalau nak jangan asik bukak katup.
Oran gpun boring, malas nak layan.
Baca pasal bukak katup ni pun, dah jemu.
Banyak cerita lain ada.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails