Ibnu Hasyim
Sampaikan...walau 1 ayat
Home
E-Perpustakaan IH
Thursday, September 07, 2017
PM Israel Terus Mengganas, Arah Akuan Al-Jazeera Dibatal.
BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan perakuan media semua wartawan
Al-Jazeera
dibatalkan dan mengulangi hasratnya untuk menutup pejabat stesen televisyen itu yang beroperasi di Israel, menurut Pejabat Akhbar Kerajaan hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.
Netanyahu turut mengarahkan penyertaan pengarah pejabat tempatan
Al-Jazeera
, Walid al-Omri di seminar mengenai kebebasan akhbar dibatalkan.
“Pada masa sama, Perdana Menteri Israel akan mengambil langkah undang-undang untuk membatalkan semua kad media wartawan
Al-Jazeera
yang bertugas di Israel dan menutup pejabat mereka di negara berkenaan,”
menurut kenyataan pejabat akhbar itu.
Sebelum ini, pada 30 Ogos lepas Israel membatalkan perakuan media wartawan
Al-Jazeera,
Elias Karram kerana mendakwa tugas wartawan berkenaan mempunyai unsur “penentangan”.
Karram dikatakan sering menimbulkan keraguan di pihak rejim mengenai tujuan sebenar wartawan berkenaan membuat liputan mengenai isu konflik Israel-Palestin.
Susulan itu, beliau dipanggil untuk dibicarakan selepas membuat penampilan dalam satu wawancara televisyen tahun lepas.
Karram dipanggil atas permintaan Menteri Komunikasi Israel, Ayoob Kara dan mahu perakuan media wartawan itu dibatalkan kerana beliau didapati cuba membangkitkan dan menghasut kekerasan terhadap Israel. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
View mobile version
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LinkWithin
No comments:
Post a Comment