Tuesday, September 12, 2017

Polis Berpangkat, Raba Polis Wanita. Ini Rakamannya!


DALAM sebuah rakaman video yang telah tular di Internet, seorang lelaki dilihat mencabul berkali-kali seorang wanita yang sedang ‘terperangkap’ di dalam lautan manusia yang sedang menghadiri sebuah protes di Tamil Nadu, India.
Wanita itu kelihatan cuba untuk menepis tangan lelaki itu beberapa kali , namun tidak berjaya.
Lelaki itu, yang merupakan anggota polis berpangkat Asisten Komisioner , telah dirakamkan mencabul wanita itu yang juga seorang sub-inspektor polis semasa protes membantah ujian kelayakan untuk masuk ke universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar di India.
Tunjuk perasaan yang terjadi pada 4 September itu berlaku untuk membantah sistem ujian yang penuh birokrasi itu selepas seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun, Anitha, membunuh diri kerana gagal mendapatkan tempat di universiti dalam jurusan perubatan.
Anggota polis hadir semasa protes itu untuk meredakan orang ramai yang berkumpul di Gandhipuram, Coimbatore.
Meskipun telah ‘kantoi’ teruk, anggota polis lelaki itu masih belum dikenakan sebarang tindakan dan kes itu kini berada dalam siasatan tertutup.
Lihat juga..

E-Buku IH-64: Rogol Di India

E-Buku IH-64: Rogol Di India


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails