Perlawanan sengit PAS/DAP Di Selangor.
SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung pada masa akan datang akan menyaksikan DAP sebagai parti paling selamat dan selesa berhadapan dengan lawan di kawasan mereka.
Ini kerana menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib, potensi undi orang Cina masih dilihat sebagai penyumbang utama kepada mereka.
"DAP akan menang besar kali ini, sementara PKR akan mati serta ia akan mendorong kepada dominasi mutlak DAP dalam Pakatan.
"PKR akan mati akibat tidak ada jentera kempen menyeluruh. PKR bukan sahaja akan hilang jentera, malahan undi penyokong Pas juga hilang jika bertanding pelbagai penjuru," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Menurutnya lagi, sekiranya Selangor dan Pulau Pinang kekal di tangan Pakatan, beliau juga menjangkakan DAP akan menguasai kerajaan negeri itu secara mutlak, meskipun tanpa PKR dan Amanah.
"Andaian politik memperlihatkan kaum Cina sebagai pengundi mutlak DAP walaupun mereka terdiri dari ahli parti yang lain.
"Kawasan majoriti kaum Cina akan terus dikuasai secara mutlak oleh DAP," ujarnya.
Menurutnya lagi, kerusi yang melibatkan pengundi Cina melebihi 50 peratus dijangka hanya akan melibatkan pertembungan antara calon BN dan DAP, sementara kerusi majoriti Melayu dan campuran akan menyaksikan pertarungan pelbagai parti.
"Pertarungan paling sengit mungkin akan melibatkan kerusi-kerusi di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah serta Johor.
"Paling panas saya jangkakan di Selangor, kerana ianya lebih melibatkan 'gusti' antara Pas dengan parti yang dianggap proksi DAP," katanya lagi. (SH)
3 comments:
ANALISIS datangnya dari Profesor KANGKONG yang menilai
suasana politik dari kerusi emoknys dalam bilik berhahwa
dingin. Pandangannya berdasarkan ON WHOSE SIDE dia berada.
Tidak mengambil masa lama kerana semua fakta di hujung jarinya.
KAJIAN pulak berdasarkan soalselidik ke atas sample rambang
sasaran. Umpamanya, nak tahu trend pengundi di Johor, maka soalselidik
ditumpukan kepada 5 atau 6 ribu pengundi di kawasan panas di Johor.
Kajian mengambil masa yang lama, paling cincai 6 bulan.
Hasilnya bergantung kepada jawapan sample rambang, bukan pandangn
syok sendiri macam artikel Ibnu Hisyim ni.
Yang pasti, undi pas untuk memastikan bn menang. Atas andaian 40% pengundi bn, 20% pengundi pas, 10% pengundi bagi setiap parti kecil termasuk dap. Pengundi bn goyang mungkin 10% beralih arah, maka sudah pasti pas tidak akan menang kerana 80% pengundi parti lain tolak pas. Undi pas, maka terundilah bn secara tidak langsung. Bukan pas lawan dap, tapi pas sokong bn utk najib terus berkuasa.
UNDI PH = UNDI LGBT.........lebih baik undi BN atau PAS...
Post a Comment