KEZALIMAN, kekejaman serta pembantaian yang menimpa Muslim Rohingya di Myanmar sudah sekian lama berlarutan sehingga ke hari ini. Anak-anak kecil tidak berpakaian dan kelaparan.
Manakala golongan ibu hanya ada sehelai sepinggang sahaja. Keadaan mereka amat menyedihkan. Bukan itu sahaja, malah pelbagai kezaliman yang lebih dasyat lagi diperlakukan ke atas mereka.
Siapa lagi kalau bukan kita saudara seagama mereka yang dapat membantu mereka. Justeru itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru saudara saudari, Tuan Puan yang dermawan bersama-sama menjayakan Misi Kebajikan dan Kemanusiaan serta 'Tabung Kecemasan Rohingya' .
Hulurkanlah walaupun sedikit demi Umat Islam.
Allah SWT berfirman:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ
- Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” ~Surah al-Maidah: 2
Nabi SAW juga bersabda dalam satu riwayat yang dhaif jiddan:
مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ المُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ
- Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengambil tahu urusan orang Muslim, maka bukan dari kalangan mereka.” ~Riwayat al-Tabarani (7/270)
💰 Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Dewan Muslimat PAS Pusat :
🐯 MAYBANK: 5640 2540 0711
📱 SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:
Dr. 'Uyun : 019 - 357 7502*Puan Zurina : 014 - 306 9141
Saudari Zuriati : 019 - 204 9434
Saudari Oyeen : 019 - 590 2381
Nabi SAW bersabda:
اتَّقوا النَّارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
- Maksudnya: “Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” Riwayat al-Bukhari (6540)
Jazakumullah khairan katheera.
FB : https://www.facebook.com/LKKDMPM/
#KamiPrihatin
#SkuadPrihatinDewanMuslimatPAS
#SejahteraBersamaIslam
(IH)
1 comment:
APA PATUT DIBUAT.................?????
Elok setiap seorang PAS amik 10 atau 20 orang pelarian Rohingya ni
dibawa ke rumah anda. Ini barulah betul memperjuangkan nasib seagama.
Post a Comment