Sunday, September 10, 2017

Ronnie Liu Hina Kuliah Jumaat Presiden PAS, Apa Patut Buat? -Dr Azman.


MERUJUK kepada penghinaan pemimpin DAP Ronnie Liu kepada kuliah pagi Jumaat Tuan Guru Presiden PAS, elok juga budak-budak kita buat ziarah kasih sayang kepada Ronnie Liu.
Mula-mula bagi nasihat bahawa tindakan menghina agama orang lain adalah amat bahaya dalam sebuah masyarakat berbilang agama di Malaysia. Lepas tu kalau tak makan nasihat, bagilah teguran. Tak makan teguran bagilah amaran. Kalau amaran pun tak dipedulikan, ada peruntukan undang-undang yang boleh diambil terhadap warga seperti Ronnie.
Demikian antara nasihat dari Dr Azman Ibrahim, AJK PAS Pusat melalui Harakah hari ini.
"Kita orang Islam jangan terpengaruh dengan provokasi. Kekadang bangsa lain terlupa bahawa Melayu Islam adalah majoriti dan teras politik Malaysia. Dapat sedikit kuasa mereka dah angkuh dan merendahkan orang Melayu Islam. Lebih kesian bila ada Melayu Islam yang merelakan diri jadi khadam mereka."
Namun katanya, "Jangan balas dengan hina agama lain. Islam tak ajar begitu. Perlakuan Ronnie tak mewakili agama yang dia anuti. Saya tahu agama Ronnie pun tak mengajar penganutnya menghina agama lain. Perlakuan Ronnie adalah bukti beliau jahil dengan agamanya sendiri. Ada hati nak campur hal agama orang lain.
"Juga jangan hina orang Cina kerana semua bangsa adalah makhluk ciptaan Allah. Walau menangis air mata darah sekalipun, tak ada orang yang boleh ubah bangsa mereka sebagaimana mereka dilahirkan. Betapa ramai lagi orang Cina dan bangsa lain yang tulus dan baik. Islam tak mengajar kita tangkap borong semua orang." Nasihat Dr Azman selnjutnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya di dalam Islam mesti ada orang yang membela kebenaran sewaktu Allah, Rasul dan warisnya dihina. Maruah agamanya dicabar. Umat Islam tidak dayus. 

Apabila melihat suatu mungkar, apalagi dalam membela maruah Islam, hendaklah merubah 'dengan tangan' atau kekuasaan. Kalau tak boleh juga, perlu 'dengan mulut', dakwah, demontrasi dan lain-lain. Tak boleh juga, tanda teruk sangat, baru 'dengan hati', itupun termasuk dalam golongan yang paling 'lemah iman'nya.

Pernah terjadi di India sebelum tercetus pergaduhan umat Islam berpisah dari India menjadi Pakistan, seorang anak muda dari Pesyawar dari utara, menyeludup masuk mahkamah India di selatan, membunuh penghina Nabi depan hakim dalam mahkamah dengan pisau belatinya, cuma sekali rembat sahaja.. Mangsa terbongkang jatuh. 

Tapi dia tidak lari, dia menyerah diri sambil berkata, "Inilah hukuman kepada orang yang menghina Nabi orang Islam terang-terangan (mencabar Islam dalam mahkamah bukan Islam dengan hujah liarnya), hujah-hujah ilmiah sudah tidak berguna lagi.. Nah, hukumlah!" 

Akhirnya beliau itu dihukum mati secara bersembunyi.

Tetapi mayitnya dicuri oleh orang Islam, diarak, dan dijulang sebagai 'As-syahid', akhirnya ditanam di perkuburan Islam. Menyebabkan bertambah bencinya orang Islam kepada penjajah Inggeris di India waktu itu. 

Menghina kepercayaan Allah dan Rasul orang Islam, suatu jenayah besar yang perlu dihindari kalau ingin wujudkan toleransi beragama, walaupun di dalam negara bukan Islam sekalipun. Itu bukan fanatik atau ekstrem. Itu jugalah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) kepada penghina negaranya walaupun penghina itu berada di luar AS, bahkan bukan rakyatnya. 

Apa lagi kalau yang sudah dilebelkan pengganas, walaupun sebenarnya penentang itu bukan pengganas, yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah telus. 

Masihkah UMNO boleh diharap menjaga agama?

Di Malaysia, tertulis dalam media hari ini..

"Tular di media sosial, screen shot yang memaparkan kebiadaban dan keceluparan seorang pimpinan DAP, menghina kuliah agama yg disampaikan oleh seorang ulamak secara LIVE di facebook hari ini.

Ronnie Liu, yang sebelum ini juga seringkali mencetuskan provokasi dan tidak sensitif dengan perasaan umat Islam dan orang melayu amnya seolah-olah tidak pernah menyesal apatah lagi serik dengan polemik perkauman yang kerap dia cetuskan.

Susulan daripada itu, para netizen meluahkan ketidakpuasan hati atas sikap pimpinan DAP tersebut dengan menghantar whatsapp kepadanya mengecam tindakan tidak beradabnya.

Mahu dikata si Ronnie Liu ini bukan islam dan tidak faham ttg islam, sebab itu dia menghina kuliah agama islam....mustahil dia tidak faham sedangkan selama bertahun-tahun sebelum ini dia berada bersama ulamak dalam PR bahkan dia juga menyatakan ATGNA dan ATGUFN adalah idola dan ulamak yang dia hormati. Kalau hormat, mengapa masih biadab?

Ronnie Liu sudah melangkaui batas agama dan cuba mencetuskan api perkauman di kalangan rakyat.

Jika ikut kapasiti kuasa yg kita ada, kita hanya mampu menghantar whatssap utk menegur sikap dia tetapi kuasa besar utk menghalang org² bukan Islam berterusan menghina Islam terletak pada kuasa pihak pemerintah, BN yg diterajui UMNO.

Masihkah UMNO boleh diharapkan untuk menjaga agama? Apakah tindakan mereka terhadap manusia spt Ronnie Liu ini?
Sama-sama kita tunggu dan lihat.... " (MC)
(IH)

5 comments:

Anonymous said...

Begitulah akhlak Islam yang sepatutnya ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Islam. Jangan menggunakan maki hamun atau penghinaan sebalik mendekati mereka yang terlanjur dengan hemah.

Anonymous said...

Jgn baginistilah anjing gila kat orang lain. Apa rasanya kalau org lain bagi kiasan ibarat anjing pakai werban. Duk menyalak siang malam tak henti2. Tiba2 terkljelir lidah tekeluaq ayak liuq menunggu habuan dedak duniawi. Rumah masuk pencuri bole diam aje. Lantaklah asal aku dapt nikmat makan. Last2 nyalak kat jiran yg nak selamatkan dia sebab dedak tu beracun.

Anonymous said...


Aku rasa Anonymous September 9, 2017 at 11:18 PM yang anjing gia..

Anonymous said...


Aku rasa Anonymous September 9, 2017 at 11:18 PM yang anjing gila..

Anonymous said...

Aku rasa any 11.48 n 1147 ni gila babi ataupun memang babi kot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails