Tuesday, September 05, 2017

Serangan Bom Petrol K/Malam D'sara, Kerana Bisnes Bukan Pengganas.

KUALA LUMPUR, 14 Zulhijjah 1438H, Selasa – Seorang pekerja warga Bangladesh cedera dalam satu serangan bom petrol atau koktail molotov di sebuah kelab malam di Kota Damansara, Petaling Jaya, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, berdasarkan siasatan awal dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, dua bom petrol dilempar di hadapan kaunter bar kelab malam itu dan satu daripadanya meletup.
“Serangan itu mencederakan seorang pekerja Bangladesh berusia 30-an yang melecur di tangan dan kepala,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Katanya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di sekitar premis, dua suspek dipercayai terlibat.
“Suspek menggunakan kereta Audi warna hitam melarikan diri selepas membaling dua koktail molotov di premis itu,” katanya.
Mohd Zani berkata, kes itu dipercayai berkaitan urusan perniagaan dan bukan berunsur serangan pengganas.
Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Klik di sini..

No comments:

Post a Comment