Tuesday, September 05, 2017

SPRM/Lim Guan Eng: Jangan Tunggu Lama-lama.

Hasil carian imej untuk rasuah lim guan eng

SPRM putuskan ambil tindakan terhadap Lim Guan 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang enggan memohon maaf atas kenyataannya yang berunsur fitnah.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, badan itu akan mengemukakan keputusan yang telah dibuat kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang.
"Pengurusan Tertinggi SPRM telah secara sebulat suara memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Guan Eng," kata suruhanjaya itu.
Pada 25 Ogos lalu, SPRM telah memberi Lim tempoh 48 jam untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu atau berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataannya bahawa penahanan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh sebagai "penahanan haram oleh SPRM".
SPRM menegaskan bahawa ia menghormati hak serta kebebasan mana-mana pihak untuk mengkritik tetapi tidak akan sama sekali bertolak ansur jika mereka didapati mengeluarkan kenyataan fitnah khususnya berhubung siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM dengan tujuan mencemarkan serta menjejaskan imej dan reputasi SPRM.
"SPRM tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana siasatan dan akan menyiasat setiap kes tanpa mengambil kira jawatan, ideologi politik dan kedudukan individu yang disiasat itu," kata suruhanjaya itu. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Eloklah, jangan tunggu lama-lama.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

Post a Comment