Friday, September 29, 2017
Ustaz PKR Guna Quran Untuk Bela G/Eng. Sorang Lagi Tersungkur.
George Town, Pulau Pinang: Ustaz PKR, Wan Ji Wan Hussin yang dilantik sebagai Pegawai Penerangan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini menyatakan bahawa beliau akan menggunakan al-Qur’an untuk melaksanakan tugasan baru beliau di negeri itu, terutama sekali apabila ianya berkaitan dengan tadbir urus yang baik.
Menurut laporan yang diterbitkan oleh Malaysian Digest, Wan Ji telah mengangkat sumpah di pejabat Ketua Menteri di Komtar pada Khamis, 28 September baru-baru ini. Dalam menjelaskan tugasan baru yang dipikulnya, Wan Ji berkata politik hanyalah demi kebaikan masyarakat dan menurut ajaran al-Qur’an, tadbir urus yang baik juga adalah untuk tujuan yang sama.
“Menurut Qur’an, tadbir urus yang baik adalah untuk melakukan kebaikan kepada masyarakat dan politik hanyalah untuk kebaikan masyarakat.” Demi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pegawai kerajaan negeri, Wan Ji juga bertekad untuk melawan kenyataan-kenyataan yang dibuat terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP tersebut.
“Saya akan menangkis segala propaganda terhadap kerajaan negeri dengan memberi maklumat kepada umat Islam bahawa kerajaan negeri telah menyumbangkan banyak untuk pembangunan Islam di negeri ini,” tegas beliau.
Menurut Datuk Saifuddin Nasution Ismail, terdapat dua komponen penting kepada spesifikasi tugas-tugas Wan Ji, satu adalah untuk menjelaskan kepada umat Islam di Pulau Pinang berkenaan polisi-polisi Islamik kerajaan negeri dan kedua, untuk menangkis mana-mana hujah negatif berkenaan isu-isu Islam di dalam negeri Pulau Pinang.
Wan Ji sebelum ini dalam sebuah video tular pernah dituduh khalayak netizen dan orang awam sebagai mencadangkan supaya Malaysia dijadikan sebuah negara republik dan kekuasaan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Rentetan daripada peristiwa tersebut menyaksikan beberapa siri laporan polis dibuat ke atas beliau.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sorang lagi, yang kononnya pembela Islam tersungkur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Kenapa pula tersungkur? Bolehkah tuan pegang kata-kata ini di hadapan Allah SWT nanti?
Sepatutnya kita bersyukur bila beliau buat ikrar begitu. Apa arr!.
Maksud 'tersungkur' pada saya, macam ulamak Islam, di negara komunis, sanggup bantu komunis yang menentang Islam.
Di PP pun mulai ada. Dalam Islam hanya ada dua, hizbuz Ialam dan hizbuz kafir. Hanya ada syurga dan neraka, tidak ada yang di tengah-tengahnya..
Cuba pembaca di atas renungkan,
Kalau perjuangan kamu bukan perjuangan Islam yang benar, mati pertahankan perjuangan itu mati apa agaknya?
Tempat kamu di syurga atau neraka agaknya..
fikir tenang-tenang..
Post a Comment