Tuesday, September 19, 2017

Wujud Geng Budak Jahat Di Sesuatu Kampung, Siapa Salah?















Kereta lama di tempat letak kenderaan di Taman Tasik Datuk Keramat turut menjadi lokasi melepas gian tujuh remaja ditahan.

KUALA LUMPUR – Rata-rata penduduk di sekitar Jalan Keramat Hujung di sini mengenali ketujuh-tujuh remaja digelar Geng Budak Jahat Keramat yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes membakar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sehingga meragut nyawa 21 pelajar dan dua gurunya pada Khamis lalu.
Penduduk sekitar memang mengelar kumpulan remaja lelaki itu sebagai Geng Budak Jahat Keramat ekoran sikap mereka yang gemar melepak hampir setiap malam di Taman Tasik Datuk Keramat untuk merokok, menghidu gam dan membuat bising ikut suka hati.
Kedudukan Taman Tasik Datuk Keramat dan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah kira-kira 50 meter.
Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Izwani berkata, dia dan penduduk lain terkejut apabila wajah ketujuh-tujuh remaja yang ditahan polis dan tular di laman sosial itu merupakan individu dikenali mereka dengan gelaran Geng Budak Jahat Keramat.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam kes ini siapa yang bersalah? Adakah kerajaan yang mentadbir negara tidak bersalah? Atau hanya suasana persekitaran yang bersalah, kerajaan tetap tidak bersalah. Bukankah suasana persekitaran itu lahir dari kesan pemerintahan?

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

7 comments:

  1. kita bukan cari salah semata-mata, cari solution untuk fix masalah, ini sepatutnya yg kita semua kena buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jadi macam PAN. Semua salah kecuali DAP

      Delete
  2. Pakcu Rantau Panjang.September 19, 2017 at 7:07 PM

    Salam buat Wak Hasyim.
    Pakcu pernah tanam durian. Kalu Pakcu tanam butirnya maka durian yang tumbuh bukan nangka. Maka kalu nak dapatkan nangka maka dapatkan butir nangka. Jangan dok marah ko pokok durian sebab tak tubik buah nangka.

    Jadi kalu kena getah nagka tu jangan pula dok salahkan durian pula....

    ReplyDelete
  3. Ibnu Hasyim aku cadangkan engkau pergi jumpa Haji Hadi dan minta dia tolong sunat budak2 ni untuk kali kedua kerana hampir semuanya masih bawah umur.Tak layak hukuman bunuh dan mungkin perlu ditarbiah supaya layak untuk jadi ahli PAS. kah....kah..kah......

    ReplyDelete
  4. Pak Hasyim yang dihormati,

    Anak ialah amanah atau pertaruhan yang Allah amanahkan kepada kita supaya kita menjaga dan memelihara mereka baik mengikut landasan Islam.

    Sabda Nabi saw:
    "Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau majus."

    Syarat Nikah dalam syariat adalah beragama Islam? Agama Islam adalah pelengkap sah Nikah ? Masalahnya, Islam kah Mak Bapak budak2 itu? Mahzab apa ? Sunni, Syiah, Wahabi atau Liberal? Islam versi mana yang mengajar mak bapak budak yang membiarkan anaknya berumur 12 tahun berkeliaran sampai suboh syafiee.

    Kalau sebab kekurangan harta dan jahil, ada ramai lagi orang yang miskin dan buta-huruf , tidak Islam dan tidak percaya tuhan lebih bagus dan bijak dalam mendidik anak mereka dari mereka yang beragama Islam yang rahmatulalamin.

    Lihat sekiling kita, apa Bangsa dan agama mereka yang makan rasuah, tidak bersekolah, miskin melarat, merempit, hisap dadah, bohsia, mencabul kanak2 walaupun bergelar uztaz, buang anak, meliwat anak sendiri di mekah, mencuri, samseng, menipu dan malas dan pelbagai lagi kejelikan dan keburukan lagi.

    Ada riwayat yang mengatakan Nabi SAW pernah melarang ahli suffah berkahwin. Bukan kerana kurang ilmu agama dan harta, tetapi ketiadaan upayaan mereka menjalankan tanggung-jawab sebagai suami dan bapa. Mereka disaran berpuasa dan bersolat malam.

    Berlainan sungguh dengan kita. Demi kerana menutup malu , menjaga maruah keluarga, menutup tutup dosa zina, mencapai KPI “Zero Zina” dan menambah populasi orang Muslim, anak yang belum Islam yang akalnya macam lembu, yang cuma tahu makan dan berjimak, disuruh berkahwin , akhirnya agama Islam menjadi hina dan Negara porak peranda.

    Ada yang kata hudud penyelesaian masalah. Zaman awaleen yang amalkan hudud pun berlaku benda2 ni. Berapa juta manusia dibunuh oleh kalangan khalifah Umaiyah dan Abbasiyah yang jahat. Berapa banyak harta orang awam dijarah, orang yang lemah dijual sebagai abdi dan wanita dirogol atas nama politik dan dendam kesumat. Aku rasa zaman itu lebih teruk dari ISIS, pernah terjadi ramai orang telah dibunuh, dirompak, dirogol oleh tentera Abbasiyah ketika mereka bersafar untuk mengerjakan haji.

    Inilah akibat Islam diamal tanpa menggunakan akal dan logik. Lebih parah bila Ada pulak yang fasih Quran dan Hadis akan mengeluarkan nas2 bagi menutup kelemahan mereka dengan alasan tadkir dan ujian bagi umat akhir zaman.

    Selagi kita bersikap ultra ego dan enggan mengaku kelemahan kita, suka menyalahkan kerajaan, pejabat agama dan orang bukan islam yang membawa budaya kuning , selagi itulah kita gagal memperbaiki kelemahan kita.

    ReplyDelete
  5. Bagi makan nasi kangkang Datin Mah keluaran Puterajaya Enterprise,pastinya akan membuat bertambah baik otak budak bahalol ni.

    ReplyDelete
  6. MIC dan MCA dalam BN. UMNO dalam BN, PAS sokong UMNO, UMNO sokong Najib !PAS sama sahaja macam UMNO!

    ReplyDelete