Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
Hari ini mencatatkan satu lagi sejarah dalam perjuangan PAS yang telah ditubuhkan sejak tahun 1951 iaitu dengan pembentukan satu jawatankuasa yang dipanggil sebagai ASSABIQUN yang mana dahulunya dikenali sebagai KELAB VETERAN PAS.
Tuan Haji Subki Latif yang telah dilantik sebelum ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Assabiqun yang dihadiri oleh wakil-wakil Assabiqun daripada negeri/wilayah dan telah berjaya mengadakan perbincangan awal bagi mencetuskan idea dan pandangan melalui pelbagai pengalaman masing-masing di pelbagai peringkat.
Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi bin Awang telah berkesempatan untuk menyampaikan taujihad kepada semua yang hadir manakala Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah memberikan penerangan matlamat dan tujuan Assabiqun diwujudkan oleh PAS Pusat.
Pertemuan yang bersejarah ini turut dihadiri oleh Dato' Takiyuddin bin Hassan yang berperanan untuk menguruskan majlis mesyuarat ini. Saya hadir sebagai Setiausaha Sementara bagi tujuan untuk membantu menyelaraskan pergerakan Assabiqun.
Beberapa perkara telah dipersetujui untuk dilaksanakan dan akan dibawa kepada pimpinan tertinggi untuk tindakan lanjut.
Kepada semua Ahli PAS yang berusia 60 tahun ke atas, marilah sertai ASSABIQUN :-)
Wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha Assabiqun Pusat
0132565530
#sejahterabersamaislam
#assabikun
2 comments:
pergi mampoosss lah PAS dgn UMNO nie.dua2 ekor parti nie memang kaki rasuah..guna islam utk kepentingan diri...islam acuan PAS...mana2 yg kena batang hidung sendiri diabaikan sbb kepentingan duniawi...
Ya bangus, guna agama Allah untuk kepentinhan dan kebahagian di dunia hingga akhirat.
Kamu guna agama lain selain Islam?
Nerakalah jawabnya.. Lain kalau kamu tak percaya syurga negara..
Post a Comment