HALAMAN HIBURAN
Nama penyanyi lagu Janji Manismu seakan-akan ‘hilang’ sebelumnya daripada industri hiburan tanah air buat beberapa ketika. Namun, baru-baru ini nama Aishah kembali disebut-sebut apabila membuat kejutan menjadi antara 12 peserta program Gegar Vaganza musim keempat yang akan bermula pada 29 Oktober ini.
Dalam pada itu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mengakui sudah mendirikan rumah tangga pada tahun ini selepas berpisah dengan suami ketiganya pada 2011 yang lalu. Biarpun begitu, penyanyi ini enggan memberi ulasan lanjut mengenai perkahwinan terbarunya itu.
“Ya, benar saya sudah kembali berumah tangga dan cukup setakat itu sahaja saya dedahkan,” katanya dipetik laporan mStar Online.
Mengenai program pertandingan realiti yang disertainya itu, Aishah menyatakan dia mendapat sokongan dan galakan daripada suaminya sendiri. Terdahulu, Aishah telah dikurniakan seorang anak lelaki menerusi perkahwinan pertama yang dirahsiakan dan seorang lagi anak lelaki dari perkahwinan kedua bersama Muhammad Abdullah sebelum berpisah pada 2005.
Lima tahun kemudiaannya Aishah berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli namun perkahwinaan itu hanya bertahan selama setahun. Diharapkan perkahwinannya kali ini berkekalan. Al-hmdulillah. Dan Insya Allah! (IH)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.
1 comment:
Berita yg baik drp adm.mengelak berlaku nya fitnah.Syabas...
Post a Comment