INILAH istilah yang paling tepat untuk pembentangan Bajet 2018. Puluh bilion sana, belas bilion sini. Ratus juta sana, puluh juta sini.
Beratus bilion untuk bina lapangan terbang baru, MRT2, MRT3, keretapi laju ke Singapura, bina lapangan terbang baru, naik taraf lapangan, bina lebuh raya dan segala aneka ragam lagi.
Ratus juta untuk Amanah Ikhtiar, puluh juta untuk pemandu teksi, puluh juta untuk peneroka felda, penoreh getah, pesawah dengan pelbagai janji tahap wow!
Polis, Askar, APMM, AKSEM dan PGA dijanjikan dengan berbilion termasuk pembelian pelbagai aset baru.
Nama Jeruk Pak Ali dan Telekong Siti Khadijah turut disebut. Kak Wan peserta Amanah Ikhtiar turut diundang ke Parlimen.
Orang asli tak ketinggalan dapat peruntukan jutaan ringgit. Ada anak masuk universiti, RM5,000 menanti sebagai habuan untuk keluarga orang asli.
Bilion ringgit untuk arena sukan negara termasuk bolasepak. Kita harap lepas ni boleh masuk Piala Dunia.
Kaum wanita yang lembut hati mereka dibelai oleh PM dengan sehabisnya. India, Cina semua disentuh.
Beberapa kali diulang ungkapan "Ini adalah sejarah dalam pembentangan bajet negara!" "Peruntukan terbesaaarrr dalam sejarah bajet negara!"
Ia benar-benar menjadikan bajet ini berkualiti tahap wowww!! Inilah bajet PRU!
Tapi nak tanya sikit, dengan segala nilai wow yang dibentangkan tadi, duit dah ada atau nanti rakyat akan kena tekan macam-macam untuk kerajaan nak dapat duit bagi menampung keperluan wow ini?
AJK PAS Pusat
27 Oktober 2017.
IKLAN:
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
No comments:
Post a Comment