PETALING JAYA: Bekas presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia kecewa dengan Bajet 2018 yang lebih memfokuskan pembangunan fizikal dan tidak menekankan pemuliharaan alam sekitar.
Prof Maketab Mohamed berkata, ia jelas menunjukkan kerajaan tidak mengutamakan alam sekitar kerana tidak memperkenalkan inisiatif atau peruntukan lebih banyak untuk memulihara alam sekitar.
“Memang kerajaan persekutuan tidak mesra alam dengan alam sekitar, sebab itu tidak ada sebarang bajet untuk alam sekitar. Bajet 2018 tidak bercakap untuk kepentingan alam sekitar.
“Alam sekitar ini bukannya untuk saya atau sesiapa, ia untuk anak cucu kita. Ia hanyalah menghulurkan sesuatu untuk jangka pendek, bukan jangka panjang,” katanya kepada FMT hari ini.
Perdana menteri ketika membentangkan Bajet 2018 petang tadi menyentuh tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang mengorbankan 11 pekerja sebuah tapak pembinaan.
Najib turut mengumumkan peruntukan RM5 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan dalam industri teknologi hijau, RM1.4 bilion untuk Program Non Revenue Water bagi mengurangkan kadar kehilangan air dan RM1.3 bilion untuk membina “off-river storage” sebagai sumber air alternatif.
Najib turut mengumumkan peruntukan RM5 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan dalam industri teknologi hijau, RM1.4 bilion untuk Program Non Revenue Water bagi mengurangkan kadar kehilangan air dan RM1.3 bilion untuk membina “off-river storage” sebagai sumber air alternatif.
Mengulas lanjut, Maketab berkata, kerajaan pusat tidak sepatutnya menolak tanggungjawab menjaga alam sekitar kepada kerajaan negeri semata-mata.
“Jangan letak isu ini (alam sekitar) di atas bahu kerajaan negeri sahaja. Kerajaan (pusat) langsung tidak memberi pertolongan, tetapi kerajaan persekutuan pula suruh jaga alam sekitar.
“Contohnya, jika kerajaan negeri berani bertindak mengawal kegiatan pembalakan, maka kerajaan pusat harus berani beri insentif. Ini tidak, tiada sebarang peruntukan.
“Bajet ini bukan sahaja perlu diberikan kepada negeri pembangkang seperti Kelantan dan Pulau Pinang, tetapi seluruh negara seperti Pahang, Kedah dan negeri lain.”
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, jika tiada peruntukan diberikan untuk penanaman semula pokok, maka habitat flora dan fauna akan musnah.
“Kalau ia tidak dilaksanakan, maka kawasan tadahan dan habitat haiwan yang ada di dalam hutan semakin merosot, manakala pembalakan di sesetengah tempat, sama ada haram atau terkawal masih diteruskan.” (TKO)
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
No comments:
Post a Comment