Bantah cadangan larang pemakaian burqa di Quebec By admin - October 18, 2017 SHARE Facebook Twitter
QUEBEC, 28 Muharram 1439H, Rabu – Kumpulan hak asasi manusia membantah undang-undang yang dicadangkan di Quebec, melarang mana-mana individu dalam perkhidmatan awam memakai burqa.
Pengarah Eksekutif Majlis Kebangsaan Muslim Kanada (NCCM), Ihsaan Gardee menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai Islamofobia dan anti-muslim.
Menerusi rang undang-undang itu, semua kakitangan kerajaan atau mana-mana individu yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam wajib mendedahkan wajah mereka dan melarang pemakaian burqa.
“Ini bukan perkara baharu, dan ia pastinya menyinggung perasaan kita. Malah telah melihat perdebatan mengenai perkara ini selama 10 tahun di Quebec dan di Kanada,” katanya.
Rang Undang-Undang 62 itu mula diperkenalkan pada tahun 2015, tetapi tidak mencipta momentum di Parlimen.
Pada Ogos lalu, Menteri Kehakiman liberal, Stephanie Vallee mencadangkan pindaan rang undang-undang itu di Dewan Negara.
Vallee mendakwa, cadangannya itu menetapkan berkecuali kerajaan Quebec dan institusinya dengan tujuan memastikan komunikasi berkesan serta keperluan pengenalan dan keselamatan.
Setakat ini, rang undang-undang berkenaan masih kabur bagaimana ianya dilaksanakan, namun kumpulan muslim di negara itu bimbang larangan tersebut tidak hanya diguna pakai dalam bangunan kerajaan, tetapi juga di tempat awam.- Agensi
No comments:
Post a Comment