Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mengkritik Belanjawan 2018 yang diumumkan Najib di Parlimen hari ini sebagai belanjawan yang tidak bertanggungjawab.
“Saya lihat belanjawan yang dibentangkan tahun ini sama seperti tahun-tahun lepas. Ia belanjawan yang tak bertanggungjawab.
Menurut Azmin, ini kerana peruntukan pengurusan lebih tinggi berbanding peruntukan pembangunan.
“Najib sebagai menteri kewangan memperuntukkan belanja pengurusan yang lebih tinggi, meningkat sehingga 84 peratus, sedangkan peruntukan untuk pembangunan hanya 16 peratus.
“Jadi bagaimana kerajaan Malaysia mahu merancakkan petumbuhan ekonomi jika hanya 16 peratus (untuk pembangunan)?” katanya.
Dalam ucapan Belanjawan 2018 hari ini, Najib mengumumkan peruntukan RM234.25 bilion ringgit perbelanjaan pengurusan sementara RM46 bilion ringgit untuk perbelanjaan pembangunan.
Mirip belanjawan Selangor
Azmin yang juga merupakan menteri besar Selangor berkata, Belanjawan 2018 turut mempunyai inisiatif yang menyerupai belanjawan Selangor.
"Saya juga melihat inisiatif (Belanjawan 2018) mirip dengan yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan negeri Selangor dah laksanakan TAWAS sejak beberapa tahun lepas kepada anak-anak baru lahir. Tapi hari ini baru perdana menteri memperkenalkan ADAM50.
"Saya melihat pengumuman (Belanjawan 2018) ini mirip kepada (belanjawan) Selangor dan Selangor boleh jadi modul pengurusan ekonomi," katanya.
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008 untuk anak-anak yang lahir di negeri Selangor. Dalam ucapan Belanjawan 2018, Najib mengumumkan skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang memperuntukkan kepada setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022 dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak 200 ringgit melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad.
Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata tidak seharusnya timbul soal Belanjawan 2018 meniru belanjawan Selangor.
"Apa yang lebihnya bajet Selangor kepada rakyat? Kita kena ingat, kemajuan negeri Selangor bergantung kepada segala prasarana.
"Macam KLIA, tak cukup satu, buat dua. LRT, MRT di negeri Selangor siapa yang buat? Lebuh raya siapa yang buat? Tidak ada perkara yang boleh dibanggakan untuk kata kita (kerajaan pusat) tiru (belanjawan) Selangor.
"Apapun secara keseluruahnnya, bajet kali ini beri faedah kepada semua. Perdana Menteri amat prihatin dan mendengar keluh-kesah rakyat," katanya.
Pemansuhan tol
Menyentuh berkenaan pemansuhan beberapa tol termasuk di Selangor yang turut diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2018, Azmin berkata ia adalah hasil usaha rakyat.
"Soal pemansuhan Tol Batu 3, Shah Alam saya ucapkan tahniah kepada rakyat negeri selangor yg berani bangkit tuntut hak mereka.
"Setelah bebrapa tahun berjuang kerajaan akhirnya tunduk kepada rakyat untuk mansuhkan tol itu," katanya.
Najib dalam ucapannya turut mengumumkan pemansuhan empat tol lebuh raya di Selangor, Kedah dan Johor berkuatkuasa bermula tahun depan.
Tol yang akan dimansuhkan itu ialah di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di sempadan Shah Alam - Kelang, Bukit Kayu Hitam di Kedan dan Lingkaran Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.

IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
No comments:
Post a Comment