KUALA LUMPUR – Biarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bekerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan bersama para `penjilatnya’ masa lampau untuk terus `menjilatnya’.
Demikian pandangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung Mahathir yang semakin terjejas disebabkan skandal urus niaga pertukaran mata wang asing yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang negara sekitar 1990-an terdedah.
Menurut beliau, golongan muda negara yang bersama Mahathir wajar meninggalkan bekas Perdana Menteri itu kerana masanya dalam politik tanah air sudah tamat.
“Masanya dah tamat. Anak muda boleh tinggalkan dia. Biarkan dia bersama para `penjilatnya’ masa lampau untuk terus `menjilat’. PAS berlepas diri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau mengulas keterangan yang dibuat oleh bekas Pengarah dan Penolong Ketua Audit Negara, P. Kanason Pothinker, 78, berhubung skandal urus niaga pertukaran mata wang asing tersebut kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baru-baru ini.
Dalam keterangannya, Kanason dengan penuh emosi mengetuk-ngetuk meja dengan tangannya berulang kali sehingga diarah berhenti oleh salah seorang panel RCI bagi menyiasat skandal itu.
Kanason dilapor berkata: “Tidak. Saya tidak akan berhenti. Jika mereka dengar (nasihat) saya ketika itu saya yang kini berusia 78 tahun tidak perlu datang jauh-jauh ke sini untuk beri keterangan.”
Kanason adalah pegawai kanan yang diawal tahun 1990an yang mengesan kerugian wang negara ketika itu yang didapati tidak mematuhi peraturan Akta Bank Negara Malaysia.
Beliau yang mengambil inisiatif membawa penemuan itu kepada perhatian Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Ainum Mohammed Saaiad tetapi dimaklumkan orang atasan memberi peringatan supaya jangan masuk campur.
“Nasib baik dia (Mahathir) Perdana Menteri masa tu.. Tapi nasib baik juga dia masih hidup. Pintu taubat dan tikar sejadah masih terbentang untuknya. Cuma nasib tak baiknya ialah dia tak boleh lagi jadi hero,” kata Nik Mohamad Abduh. Lapor MYNEWSHUB.CC
Nik Abduh dah jadi macam UMNO dah...abduh ni adalah barua UMNO..bapak rasuah gak...harapkan kopiah kat kepala lah...tp perangai mcm ahli umno.
ReplyDeleteBuktkan tuduhan anda.
ReplyDeleteHe he he. 1mdb????
Deletekesian tuan guru nik aziz.
ReplyDeleteKesian berhujah tadde bukti? berpikir tahap lonkang.
ReplyDeleteAdmin, buang saja komen begitu.
Dlm perlimen asyik garu telur je... MP lain keluar anak tekak...dia garu telur je... Dlm fb berkokoh bagai nak rak..dlm perlimen...garu garu.. Garu
ReplyDeleteZaman kebangkitan rakyat 1999-2008 hang x da..tiba tiba hang jd mp pasir mas.. La ne komen macam baguih.. Sebab guna nama islam.. Macam bangsat.
ReplyDeleteJauh mcm langit dgn bumi perqngai nik abduh ni berbanding ayahandanya. Cara dia bercakap tidak melambangkan kematangan kecerdikan dan lebih lagi banyak unsur2 dendam sakit dan busuk hati. Merasakan diri aja yang betul. Sayang iman tak dapat diwarisi.
ReplyDeleteKomen berjela-jela tapi takde hujah, penuh fitnah. Komen biar ada fakta. Nampak makin rendah dan hina puak-puak penentaang gerakan Islam.
ReplyDelete