Thursday, October 12, 2017

DAP & Amanah Sokong K/Siang Jadi PM – Dr Kamarul


Menarik sekali bila membaca kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy, semalam yang menulis mengenai betapa Penasihat DAP, Lim Kit Siang, adalah calon Perdana Menteri terbaik Malaysia.
Berulang-ulang kali Dr P Ramasamy melambungkan nama Lim Kit Siang, antaranya ialah:
(1) Kit Siang) is the prime candidate to be considered for the number one post in the country ((Kit Siang) adalah calon utama untuk dipertimbangkan ke jawatan nombor satu dalam negara).
(2) Kit Siang has all qualities of a great leader (Kit Siang mempunyai semua kualiti seorang pemimpin agung).
(3) Kit Siang has all the qualities to be considered for the post of prime minister (Kit Siang mempunyai semua kualiti untuk dipertimbangkan ke jawatan perdana menteri).
(4) The most qualified person to be considered for the post is none other than Kit Siang (Individu paling layak untuk dipertimbangkan ke jawatan itu adalah tidak lain daripada Kit Siang).
(5) I think Kit Siang is the best leader to become the prime minister of Malaysia (Saya fikir Kit Siang adalah pemimpin terbaik untuk menjadi perdana menteri Malaysia).
(6) (Kit Siang) has all the right credentials (Kit Siang mempunyai semua kelayakan diperlukan).
Lambungan terhadap Lim Kit Siang ini, walaupun kerapkalinya dilihat sebagai agak melampau, (di mana kemenangan pembangkang di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain dalam PRU 2008 dan PRU 2013 disifatkan sebagai berpunca daripada kehadiran luar biasa beliau dan kedudukan DAP sebagai parti terkuat dalam gabungan PH juga disifatkan sebagai berpunca daripada beliau:
(1) Without the towering presence of Kit Siang, Penang and some other states would not have fallen to the opposition in the political tsunami of 2008 and 2013 (Tanpa kehadiran luar biasa Kit Siang, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain tidak akan jatuh kepada pembangkang dalam tsunami politik 2008 dan 2013).
(2) If DAP is considered the strongest party in the PH coalition, then the credit must surely go to Kit Siang (Jika DAP dikira parti terkuat dalam gabungan PH, maka pujian mesti diberi kepada Kit Siang).
Masih boleh difahami kerana Dr P Ramasamy adalah pemimpin DAP, yang dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP, manakala Lim Kit Siang pula adalah pemimpin veteran DAP sekaligus merupakan Penasihat merangkap Ketua Parlimen DAP.
Lambungan terhadap Lim Kit Siang ini juga sebenarnya tidak sukar untuk difahami kerana pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan dilangsungkan pada 12 November ini, di mana Dr P Ramasamy, yang gagal terpilih dalam pemilihan pada 15 Disember 2012 dan 29 September 2013, akan sekali lagi turut bertanding di dalamnya.
Bagaimanapun, apa yang pelik ialah bila pemimpin AMANAH, apatah lagi seorang yang dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH, turut melonjakkan nama Lim Kit Siang sebagai calon Perdana Menteri terbaik Malaysia kerana perjuangan Lim Kit Siang dan DAP pada teorinya jauh berbeza dari perjuangan AMANAH.
Apa guna AMANAH mencatatkan di dalam perlembagaannya bahawa dasar dan tujuannya ialah “memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan” dan “mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua” bila pada akhirnya sekularis tegar seperti Lim Kit Siang dari parti sekularis tegar DAP yang AMANAH impikan sebagai Perdana Menteri?
Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

No comments:

Post a Comment