Friday, October 06, 2017

DAP Diam Rumah Rakyat Diroboh, Angkat Muka Dalam Kes Arak..


AIDCNews -05/10/17-Exco DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram berdiam diri apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan rumah bekas pegawai (kuarters) masjid di Lapangan Terbang Subang semalam, tetapi mula melenting apabila pesta arak di negeri itu dihalang oleh pihak polis.
“Exco kerajaan tempatan dari DAP ni bila kuarters masjid Subang dirobohkam oleh MBSA, dia senyap walau bawah dia ….tang arak ni cepat je…..binawe betul le dia ni…,” kata Abdul Manandalam Facebook.
Hari ini, Ean Yong tampil mengecam pihak polis berkaitan dengan isu pesta arak Selangor dalam kenyataan media seperti berikut:


Kenyataan Media oleh YB Ean Yong Hian Wah pada 5hb Oktober 2017 di Shah Alam.
Saya amat terkejut terhadap ulasan pihak pihak polis mengatakan penganjuran acara “Bavaria F & B Fest” di Kompleks Beli-belah One Utama PJ akan menjadi tarikan serangan militan dan seterusnya mencetus situasi ketenteraman awam.
Pertanyaan di kalangan rakyat sekarang ialah kemampuan polis untuk menjaga keselamatan awam. Mengikut situasi terkini, nampaknya polis sudah hilang kawalan sehingga terpaksa untuk menghalang penganjuran acara sebegini. Dengan sebab itu, saya ingin tanya 5 soalan kepada Ketua Polis Negara:
1. Mengapa pihak polis dapat menjaga keselamatan di Sukan SEA tetapi tidak mampu mengawal aktiviti Oktoberfest/ Bavaria F & B Fest yang berskala jauh lebih kecil?
2. Adakah ini bermaksud jamuan makan atau aktiviti yang beralkohol tidak lagi selamat di Malaysia?
3. Mengapa Melaka, Johor, Sarawak dan negeri lain boleh menganjur aktiviti Oktoberfest, tetapi Selangor dihalangkan? Adakah ini “double standards”?
4. Mengapa pihak polis tidak boleh menghantar pasukan untuk menjaga keselamatan selain daripada menghalangnya?
5. Adakah Malaysia sudah menjadi tempat yang tidak selamat dan penuh dengan ancaman serangan militan?
Rakyat malaysia bukan sahaja memerlukan ulasan polis yang profesional, tetapi juga tindakan polis yang profesional.
Jikalau polis hanya mampu memberi pandangan tetapi enggan mengambil tindakan fizikal untuk mencegah jenayah yang berpontensi mengancam keselamatan, rakyat anggap ini sebagai ketidakcekapan dan tidak berkeupayaan dan seterusnya hilang keyakinaan terhadap polis.
Justerus itu, saya menyeru kepada Ketua Polis Negera supaya menjawab soalan yang ditanya-tanya oleh rakyat.

7 comments:

Anonymous said...

Mana Sanad?

Mana Sirah?

Duduk Tanah Milek Orang free berpuluh2 tahun, suruh pindah minta pampasan

Anonymous said...

Pegi jumpayang terlibat..
Apa bodoh sangat.
Pegi sahkan
Ini hanya berita..

Bodoh!

Nobody said...

Exco Selangor

Y.B. DATO' ISKANDAR BIN ABDUL SAMAD
ADUN N21 CEMPAKA

PORTFOLIO : PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN KEHIDUPAN BANDAR

Dato' Iskandar ni daripada DAP ke PAS???

Anonymous said...

Nobody exco perumahan dari pas tapi itu masaalah dalam kes mahkamah dan penghuni dah nak pindah tapi mbsa telah diarah roboh isu dia penghuni tak sempat pindah dan itu dijadikan satu drama dimana wanita amanah menenangkan penghuni simpati konon lepas tu nak salahkan exco dari pas. Bagus nobody dah terangkan pada sesama diri dia tanya dia jawab lepas tu besarkan kes buatlah demo kat suk sama macam jamal sekincan sama dna lah katakab.

Nobody said...

Anonymous,

Kenapa wanita Pas tak datang langsung menenangkan penghuni??? Langsung tiada simpati??? Tiada hati perut???

Kenapa exco dari PAS tak bersuara langsung??? Kalau exco dah jadi tanggungjawab dia lah!!!

Baguslah, exco tak buat kerja makan gaji buta. Sama macam Hadi, RUU 355 mana???

Biasalah PAS drama lebih!!! Penipu!!! Maklumlah sama DNA dengan UMNO kaki makan duit haram!!!

Anonymous said...

Exco Perumahan adalah seorang pemimpin parti Islam, rumah yang dirobohkan pun milik orang Islam. Mana perginya PAS dalam menjaga kebajikan orang Islam? Exco Selangor merupakan pemimpin PAS atau lebih jelas Naib Presiden PAS tapi lepas dah roboh baru nak sibuk. Sepatutnya exco ini beri dulu rumah baru roboh. Adakah exco ini sedang sabotaj Kerajaan Selangor?

Anonymous said...

mengapa tak tanya DAP, PKR, PAN?
mu cuma balaci, anjing salak DAP..
ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails