Monday, October 09, 2017

Dilarang Berkahwin, Pelarian Rohingya Dengan Warga Islam Bangla.. Kalau Lain Islam, Boleh.


Imej yang berkaitan
DHAKA – Polis Bangladesh semalam memburu seorang lelaki tempatan yang melanggar larangan dengan mengahwini seorang pelarian Rohingya.
Shoaib Hossain Jewel, 25, dan isterinya yang berumur 18 tahun, Rafiza melarikan diri sejak mereka mendirikan rumah tangga bulan lalu, kata polis di bandar kelahiran Shoaib, Singair.
“Kami mendengar dia berkahwin dengan seorang wanita Rohingya. Kami pergi ke rumah lelaki ini di Kampung Charigram untuk mencarinya.
“Namun, kami gagal menemuinya di sana, manakala ibu bapanya tidak tahu di mana dia berada,” kata ketua polis Singair, Khandaker Imam Hossain.
Pada tahun 2014, Dhaka mengharamkan perkahwinan antara warga tempatan dan pelarian Islam Rohingya susulan dakwaan bahawa komuniti ditindas itu cuba menggunakan saluran perkahwinan untuk mendapatkan kerakyatan Bangladesh.
Bapa Shoaib, Babul Hossain berkata, motif perkahwinan tersebut bukan untuk mendapatkan kewarganegaraan.
“Jika rakyat Bangladesh boleh berkahwin dengan orang Kristian dan penganut agama lain, apa kesalahan anak saya yang mengahwini gadis Rohingya?,” soal Babul.
Hasil carian imej untuk pelarian rohinga di bangla desh

Hasil carian imej untuk pelarian rohinga di bangla desh
Hasil carian imej untuk pelarian rohinga di bangla desh
Perkahwinan mereka di Cox’s Bazar merupakan yang pertama disiarkan sejak keganasan di negeri Rakhine tercetus pada Ogos lalu.
Lebih 500,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarkan operasi pembersihan di Rakhine pada 25 Ogos lalu.
Tindakan tentera Myanmar itu disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai kempen penghapusan etnik. – AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails