Tuesday, October 17, 2017

Elok Sangat Saudi Kawal Pakaian-sesuai Bagi Penonton Di Stadium..


RIYADH – Ini mungkin agak pelik tetapi pihak berkuasa sukan Arab Saudi dilaporkan ‘haram’ penonton yang ‘tidak berpakaian sesuai’ daripada memasuki stadium atau kemudahan sukan.

Namun sejak peraturan larangan itu diumumkan pada 10 Oktober lalu, hashtag dalam bahasa Arab iaitu “larang baju tidur dalam stadium’ tular sehingga sudah pun digunakan hampir 600,000 kali menerusi laman Twitter.
Keputusan aneh itu kelihatan seperti satu langkah tegas oleh pemerintah Arab Saudi sendiri untuk menghentikan golongan lelaki daripada sengaja memakai jubah longgar berlengan pendek  ketika berada di tempat awam.
Bagaimanapun, stesen antarabangsa BBC melaporkan, ramai pengguna media sosial di negara itu berbelah bahagi dalam reaksi mereka terhadap berita tersebut waima bersetuju pakaian berkenaan secara tradisi dipakai di rumah!
Untuk rekod, kenyataan diterbitkan oleh Penguasa Sukan Umum itu mendedahkan bahawa Turki al Alshikh, yang baru dilantik sebagai pengerusi oleh dekri diraja pada bulan September lalu mengeluarkan arahan tersebut.


Beliau mengarahkan agar pihak berkuasa sukan tempatan tidak lagi mengizinkan para pengunjung terutama penonton lelaki yang didapati “tidak berpakaian sesuai” untuk masuk ke kawasan fasiliti arena sukan awam.
“Ini adalah kerana perlawanan bola sepak dan beberapa kejohanan sukan lain ditayangkan secara langsung sehingga dapat ditonton oleh pelbagai golongan usia dan latar belakang,” dedah kenyataan tersebut yang dipetik BBC.
“Ini memerlukan orang ramai untuk tampil mengenakan pakaian yang sesuai dengan imej masyarakat Arab Saudi dan selaras amalan kesopanan masyarakat serta mengelakkan daripada apa-apa yang melanggar tatalaku ini,
“Ia termasuk memakai pakaian yang tidak sesuai untuk dilihat di tempat awam.” Pihak berkuasa turut melampirkan grafik yang menunjukkan enam kumpulan pakaian apa sesuai digunakan manakala jubah longgar adalah dilarang.
Ekoran itu, sebilangan pengguna menerusi laman Twitter yang menggunakanhashtag “larang baju tidur dalam stadium” berkongsi beberapa gambar individu yang memakai jubah tersebut di tempat awam, menurut BBC.
"Ia adalah satu keputusan yang akan beri kesan agak besar pada jumlah peminat pasukan Al-Hilal kerana mereka memakai jubah jenis itu apabila menonton perlawanan,” tulis salah seorang pengguna media sosial tempatan.
Beberapa netizen lain yang menyokong keputusan itu juga menyoal mengapa peraturan tersebut tidak diamalkan di masjid. Mereka yang tidak bersetuju dengan larangan tersebut juga menyuarakan pendapat mereka di media sosial.
“Keputusan yang betul tetapi ia seharusnya diamalkan di rumah Allah dahulu,” dedah seorang pengguna media sosial. Namun Arab Saudi bukanlah satu-satunya yang menjadikan isu pakai baju tidur sesuatu kontroversi.
Pada Januari lalu, pasar raya besar Tesco tidak menghiraukan aduan oleh salah seorang pelanggannya di Britain, yang melaporkan tentang individu memakai baju tidur di cawangan itu. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lihat gelagat penonton di stadium di Malaysia, sesuaikah dengan negara umat Islam? Sikap Saudi mengawal sebelum wujudnya penyakit dari buang masa untuk mengubatinya, patut dipuji dan menjadi contoh negara-negara lain di dunia.

Hasil carian imej untuk penonton di stadium di malaysia
Hasil carian imej untuk penonton di stadium di malaysia
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk penonton di stadium malaysia

1 comment:

  1. JANGAN HARAP LAAA PAN PKR DAN PBBSM AKAN SOKONG SEBAB TAKUT MELUKAKAN HATI DAP

    http://www.ismaweb.net/2017/10/oktoberfest-dap-makin-kurang-ajar-hina-islam/

    Oktoberfest: DAP makin kurang ajar hina Islam

    BANGI, 27 Muharram 1439H, Selasa – Parti rasis dan cavinis DAP semakin menunjukkan sikap kurang ajar, angkuh dan celupar apabila berterusan memperlekeh Islam.

    Terbaharu, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng menyindir kononnya Pulau Pinang bukan negeri pelampau Taliban seperti negeri yang menghalang penganjuran pesta Jerman, Oktoberfest.

    “Pelampau mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang.

    “Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” kata Guan Eng.

    Menyelar kenyataan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, ungkapan pemimpin DAP nampak sangat memperlekeh Islam.

    “Sewajarnya dia memilih untuk berdiam diri sahaja berhubung penganjuran Oktoberfest di negeri itu.

    “Tetapi Guan Eng melontarkan ulasan sinikal yang bukan sahaja menzahirkan kesombongannya, tetapi bagaikan mencabar Islam dengan bidasan dan perkataan digunakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Tambah beliau, besar kepala yang ditunjukkan DAP semakin ketara apabila seorang lagi pemimpinnya, Hew Kuan Yau memaki Islam dengan carutan “Sohai”.

    “Keberanian DAP berperangai jelek membuktikan parti itu langsung tidak mengenal hormat dan sensitiviti yang tidak sewajarnya disentuh.

    “Sikap anti Islam tersebut bukan baharu walaupun sering dinafi atau dilakonkan watak mesra Islam.

    “Saya percaya, dari semua yang pernah dizahirkan parti itu, mereka akan terus mempermain dan merendah-rendahkan Islam,” katanya lagi.

    Mengulas lanjut Ustaz Hishamuddin berkata, penghinaan yang dilakukan pemimpin DAP ini sangat merbahaya kepada keharmonian negara.

    Sehubungan itu, beliau menggesa siasatan dijalankan ke atas kedua-dua individu berkenaan.

    “Seterusnya DAP perlu mengemukakan permohonan maaf rasmi,” katanya.

    ReplyDelete