MANILA – Pasukan keselamatan Filipina gagal memenuhi pengumuman tarikh akhir pada 30 September lalu untuk menawan semula Marawi di selatan Filipina daripada kumpulan pemisah pro-Daesh yang mengepung bandar itu lebih empat bulan lalu, kata seorang komander tentera kelmarin.
Kolonel Romeo Brawner yang merupakan timbalan komander pasukan tentera di Marawi berkata, pertempuran antara askar dan sekitar 50 pemberontak Islam Maute masih sengit kelmarin sambil menambah, saki-baki pejuang pro-Daesh itu terus memberikan tentangan.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte (gambar) sebelum ini meramalkan pertempuran untuk merampas semula Marawi akan berakhir pada 30 September lalu.
Setiausaha Pertahanan Duterte, Delfin Lorenzana pula optimis pada minggu lalu bahawa perang di Marawi akan tamat kelmarin.
Bagaimanapun, Brawner berkata, pihak tentera tidak dapat menyatakan dengan tepat bila perang di Marawi akan selesai.
“Pertempuran ini masih berterusan. Pastinya ia tidak akan berakhir hari ini (kelmarin),” katanya.
Konflik itu mengakibatkan banyak infrastruktur di Marawi musnah.
– Bernama
Video:
Cover Story: Catatan Perang di Marawi - YouTube
https://www.youtube.com/watch?v=4IufIskJL60
9 Jun 2017 - Dimuat naik oleh tvOneNews
Cover Story: Catatan Perang di Marawi ... hati hati isis dah mulai menampak kan diri di indonesia ...
No comments:
Post a Comment