GEORGE TOWN – Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menyeru kerajaan Pulau Pinang supaya menghentikan semua projek pembangunan di kawasan bukit berikutan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 orang Sabtu lepas.
ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu berkata kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) perlu berhenti ‘mencurahkan tenaga untuk memesong, menafikan dan mempertahankan’ selepas kejadian tersebut berlaku.
“Sebaliknya, mereka perlu meningkatkan usaha untuk menghentikan projek pembangunan di kawasan bukit dan mengambil serius maklum balas daripada mereka yang tidak bersetuju dengan pembangunan di pulau ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Seramai 11 pekerja projek perumahan mampu milik tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu semasa mereka sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran lereng bukit.
Teh juga menggesa kerajaan Pulau Pinang supaya mengarahkan pemajuGranito@Permai untuk membersihkan lebihan tanah di tapak pembinaan itu bagi memastikan tiada lagi mayat yang tidak dijumpai.
Beliau berkata langkah itu perlu bagi memastikan tiada lagi mangsa tertanam dalam tanah runtuh yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia dan 10 pekerja asing itu.
“Walaupun terdapat pengiraan kepada 14 nama yang dikemukakan oleh pemaju kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan semua keraguan dengan membersihkan kawasan kejadian,” katanya.
Teh juga mendakwa beliau diberitahu pada 21 Okt lepas bahawa 20 orang disyaki tertimbus di bawah serpihan di tapak pembinaan itu.
Beliau meminta kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan pemaju projek, Taman Sri Bunga Sdn Bhd (BSG) bagi membantu pembeli projek perumahan mampu milik itu.
Beliau meminta kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan pemaju projek, Taman Sri Bunga Sdn Bhd (BSG) bagi membantu pembeli projek perumahan mampu milik itu.
Katanya pembeli kini merasa ragu-ragu kerana tidak tahu sama ada meneruskan pinjaman mereka atau tidak.
“Saya harap BSG dan kerajaan negeri dapat memberikan penyelesaian yang baik untuk mereka yang telah membeli unit rumah di Granito@Permai,” katanya. – BERNAMA
IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
2 comments:
Respek China Ni. Walaupun Dia Makan Babi, Minum Arak, Tak Basuh Bontot, Anak-Bini Tak Tutup Aurat, Berjudi, Berclubbing, Dia Berani Kerana Benar.
Inilah Pemimpin Yang Rakyat Mahu !
Pak Lebai Cam Mana? Ada Bran Tak Nak Kritik Pasar Baru Pasir Putih yang dibangun dan diluluskan oleh KeRAjaan Kelantan Al-Islam As-Sunnah Wal Jamaah?
masih ada lagi salakan anjing guan eng.
pi la jilat pungkok dia.
Post a Comment