Tuesday, October 10, 2017

Iklan Di AS Perkauman, Kulit hitam Seolah Tidak Diingini.


dove

SYARIKAT sabun Dove berdepan dengan kecaman susulan iklan syarikat itu yang dianggap menghina dan rasis.

Iklan itu memaparkan seorang wanita kulit hitam yang membuka baju dan tidak lama kemudian badannya berubah menjadi putih selepas menggunakan losyen badan.
Iklan itu pertama kalinya dikongsi oleh seorang jurusolek artis di Amerika Syarikat, Naomi Leann Blake dan ia kemudiannya menjadi tular. Iklan itu bagaimanapun telah dipadamkan.
Berikutan itu, Dove telah meminta maaf. Namun netizen tidak berpuas hati dengan permohonan maaf itu dan terus mengecam syarikat berkenaan kerana tidak sensitif.
Beberapa pengguna membangkitkan dan mempersoalkan pemasaran syarikat itu, seolah-olah menggambarkan kulit hitam sebagai tidak diingini.
Mereka juga menggesa supaya produk Dove diboikot. Pada Isnin, hashtag #BoycottDove telah tular di Twitter.  Lapor MYNEWSHUB.CC

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails