Monday, October 30, 2017

Kecewa Ramai ADUN DAP Tak Hadir Dialog -Jahara.



Wakil-wakil rakyat DAP dibidas kerana "terlalu sibuk" hingga gagal menghadiri sesi dialog anjuran NGO Penang Forum yang dihadiri kira-kira 200 orang hari ini.

Forum itu bertujuan mengupas isu banjir besar yang berlaku pada 15 September dan tanah runtuh di Tanjung Bungah pada 21 Oktober lalu yang mengorbankan 11 pekerja.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini turut meminta siasatan terperinci dijalankan oleh Suruhanjaya Siasatan Negeri bagi menyiasat insiden berkenaan.

ADUN pembangkang, Datuk Jahara Hamid (Gambar) berkata ketiadaan mereka mungkin kerana pendirian Lim bahawa insiden tanah runtuh itu disebabkan "kemalangan tapak kerja" dan "kecuaian profesional" oleh pihak pemaju.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Maimunah Sharif juga mengumumkan bahawa 980 unit projek rumah mampu milik, yang terjejas oleh tanah runtuh itu telah mematuhi garis panduan keselamatan.

"Bagaimanapun, apa yang dibentangkan di forum ini adalah isu ini melibatkan kurangnya penguatkuasaan.

"Kita tidak boleh menerimanya sebagai kemalangan tapak kerja kerana banyak faktor menyumbang, jadi kerajaan negeri harus mengambil perhatian serius," kata Jahara kepada pemberita selepas dialog di Persatuan Teochew Pulau Pinang di Jalan Chulia.



Turut hadir pada sesi dialog itu ialah Muhammad Farid Saad (Umno-Pulau Betong) dan Shah Headan Ayoob Hussein Shah (Umno-Teluk Bahang), serta pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow.


ADUN Pulau Tikus Yap Soo Huey merupakan satu-satunya wakil DAP yang hadir, manakala PKR diwakili Norlela Arifin (Penanti), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Lee Khai Loon (Machang Bubuk) dan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin.


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails