Thursday, October 12, 2017

Kontroversi Bermula Isu Kedai Dobi.. Ini Kisah Lanjut..

Othman-Mustapha


PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merujuk pegawai kadernya, Zamihan Mat Zain, ke lembaga tatatertib berhubung kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dalam kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.

Ketua Pengarah Tan Sri Othman Mustapha berkata Jakim memandangkan serius ceramah Zamihan yang dimuatnaik di laman popular YouTube, yang didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Beliau juga mengesahkan Zamihan seorang pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.

“Jakim telah memanggil ustaz Zamihan Mat Zain pada pagi tadi untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan perkara berkenaan. Jakim telah memutuskan untuk merujuk perkara ini kepada lembaga tatatertib untuk tindakan lanjut,” kata Othman dalam kenyataan yang diterima FMT malam tadi.

Semalam, raja-raja Melayu mengecam dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” termasuk kontroversi dobi “mesra Muslim di Johor dan seumpamanya di Perlis sebagai tindakan yang bersifat keterlaluan, boleh menjejaskan keharmonian, dan membawa implikasi lebih mendalam sekiranya bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.

Kecaman itu menyusuli penularan video Zamihan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, yang berkata kenyataan Sultan Ibrahim itu “tidak patut”, dan mempertahankan dasar kedai dobi itu kerana pakaian orang bukan Islam masih tidak cukup bersih, malah menganggap orang bukan Islam tidak membersihkan diri selepas membuang air besar.

“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan.

Beliau juga membuat kenyataan terhadap rakyat Cina Malaysia.

“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” kata Zamihan, sambil mencabar rakaman ucapannya ditunjukkan kepada pihak atasan termasuk sultan.
“Silakan! Apa kita nak takut kalau kita bercakap menjunjung kebenaran?” tambahnya.

Bagaimanapun, Zamihan hari ini memohon ampun kepada Sultan Johor dan menyerang beberapa media sambil mendakwa difitnah. Zamihan juga berkata beliau tidak menggunakan perkataan “kasar” terhadap Sultan Ibrahim.

Zamihan kemudian mengugut menyaman beberapa portal berita termasuk FMT, sambil menyerang FMT kerana mempunyai agenda “merosakkan hubungan antara kaum” dan memburukkan imej beliau. (FMT)

Video:
    1. Zamihan disiasat di bawah Akta Hasutan - IGP

      • 20 hours ago
      • 2,458 views
      Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka terhadap pendakwah ...
      • NEW
    2. Ustaz Zamihan Dikatakan Menghina Sultan Johor Gara2 Video Ini

      • 17 hours ago
      • 21,163 views
      Credit: Online Majlis Ilmu Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka ...
      • NEW
    3. Isu Dobi Muslim | Ustaz Zamihan vs Dr. Rozaimi Ramle

      • 15 hours ago
      • 9,156 views
      Isu Dobi Muslim | Ustaz Zamihan vs Dr. Rozaimi Ramle Kredit: Online Majlis Ilmu.
      • NEW
    4. Zamihan didakwa kacau keharmonian kaum Cina

      • 13 hours ago
      • 2,186 views
      Skuad Mubaligh Selangor membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Sunni Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zain ...
      • NEW
    5. á´´á´°Ustaz Dr Zamihan Md Zin AlGhari - Isu Dobi Mesra Muslim

      • 2 days ago
      • 191,350 views
      Ceramah penuh di : https://youtu.be/uZsIbS_TcKU Bertempat di : Masjid Tengku Empuan Jemaah, Bkt Jelutung, Shah Alam ...
      • NEW
    6. Adakah Dr Zamihan syiah ?

      • 1 year ago
      • 74,162 views
      Menjawab fitnah tuduhan wahabi kpd ust zamihan al ghari.



    7. Kuliah Asar Bersama Dr Zamihan Mat Zin Al Ghari

      • 1 year ago
      • 579 views
      Kuliah Asar Bersama Dr Zamihan Mat Zin Al-Ghari pada 20 Ogos 2016 di Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal, Pajok Song, Kepala ...

    8. Jakim officer to be probed for criticising Johor sultan

      • 19 hours ago
      • 5,596 views
      Islamic Development Department (Jakim) officer Zamihan Mat Zin will be investigated for criticising the stance taken by Sultan ...
      • NEW
    9. JAKIM rujuk ceramah Zamihan ke Lembaga Tatatertib

      • 51 minutes ago
      • 11 views
      Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan untuk merujuk isu ceramah disampaikan Ustaz Zamihan Mat Zain yang ...
      • NEW
    10. Zamihan arrested

      • 11 hours ago
      • 1,091 views
      Muslim preacher Zamihan Mat Zin has been arrested in connection with investigations for sedition.
      • NEW

    11. Pengikut Ustaz Azhar Idrus Bodoh??- Ustaz Zamihan al-Ghari Tegur Ustaz Azhar Idrus Bab Aqidah

      • 5 years ago
      • 227,595 views
      Keberanian Al-Fadhil Ustaz Zamihan Al-Ghori.... dulu selo lendik, pahtu nyenggeng pulok.... Penjelasan daripada Ustaz Zamihan ...

    12. Ustaz Dr Zamihan Md Zin Al-Ghari - Menjawab & Menyahut pelawaan Mufti Wilayah

      • 9 months ago
      • 23,016 views
      LIKE Pages https://www.facebook.com/OnlineMajlisIlmu utk update link Siaran Langsung dan info jadual2 terkini seluruh Lembah ...

    13. Adakah TG Hj Hadi Pengganas - Ustaz Dr Zamihan

      • 1 year ago
      • 30,822 views
      LIKE Pages Admin utk update link livestreaming dan info jadual2 terkini seluruh Lembah Kelang ...

    14. Isu Kritik sultan dan org cina: Zamihan akan saman media penyebar fitnah

      • 15 hours ago
      • 4,333 views
      KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin al-Ghari memberi ...
      • NEW
    15. Komen Pegawai Aqidah Jakim berkenaan Hubungan Ust Zamihan Mat Zin dengan Syiah

      • 8 years ago
      • 30,845 views
      Diskusi Ilmiyah berkenaan Bahaya Syiah yang mula menyebarkan dakyah mereka di ...

1 comment:

  1. Dah fahaman tak terbuka itulah jadinya si zamihan.

    ReplyDelete