Sudah 18 bulan berlalu namun kerajaan DAP Pulau Pinang masih belum menyerahkan laporan kajian kebolehlaksanaan jambatan ketiga atau projek terowong dasar laut di negeri itu kepada Kementerian Kerja Raya, seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Janji untuk menyerahkan laporan kajian itu dibuat oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada April tahun lepas, tetapi malangnya sehingga kini janji itu tidak dilaksanakan.
Apabila ia dibangkitkan, Guan Eng pada Mac lalu menyatakan kajian itu baru 87 peratus siap dan berjanji untuk menghantarnya enam bulan kemudian.
Tempoh enam bulan telah berlalu tetapi malangnya laporan kajian melibatkan projek tiga jalan dan terowong yang melibatkan kos sebanyak RM305 juta, masih belum diterima.
Amat penting bagi Kementerian Kerja Raya mengetahui mengenai projek berkenaan kerana berdasarkan pengalaman kementerian itu, jumlah terbabit terlalu besar, malah malah Lembaga Jurutera Malaysia sebelum ini menyifatkan kos itu 400 peratus lebih tinggi.
Perkara yang membimbangkan ialah RM220 juta telah dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang tetapi projek masih tiada apa-apa projek pembinaan bermula. Lapopran pula belum selesai sepenuhnya dan keadaan ini membimbangkan Kementerian Kerja Raya.
Malah, semalam, Datuk Seri Fadillah Yusof mengulangi perkara sama, meminta supaya laporan dikemukakan.
“Sehingga kini, tiada laporan dikemukakan kepada saya. Selepas sedikit teragak-agak pada awalnya, Ketua Menteri Pulau Pinang kemudian memberi alasan bahawa kajian itu hanya 83 peratus siap dan berjanji ia akan disiapkan menjelang akhir tahun lalu dan akan menghantar laporan itu kepada kementerian sebaik selesai. Itu tidak berlaku.
“Sekali lagi, tarikh akhir sudah berlalu dan kami masih belum menerima sebarang laporan. Saya dapati penangguhan ini sangat luar biasa kerana projek itu sudah dianugerahkan pada April 2013.
“Tiada apa-apa projek pembinaan bermula, manakala laporan RM305 juta belum selesai sepenuhnya walaupun sekurang-kurangnya RM220 juta sudah dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang,” kata Fadillah.
Ini merupakan sesuatu yang sangat meragukan. Jika selama ini pembangkang sibuk bercakap mengenai rasuah, kenapa dalam isu ini pembangkang menutup mulut.
Selama ini banyak pihak menggesa supaya siasatan dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara ini, kerana jumlah berkenaan terlalu besar dan hingga kini masih belum ada laporan yang dijanjikan itu diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya.
Banyak perkara misteri dalam isu ini, jadi lebih baik ia disiasat dengan segera.
Pentadbiran Lim Guan Eng sendiri terpalit dengan isu rasuah apabila beliau didakwa di mahkamah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. Kini beliau terpalit pula dengan isu terowong.
Begitu juga dengan isu LRT. Guan Eng kata LRT tidak boleh dibuat selagi Datuk Seri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri. Ini dakwaan mengarut Guan Eng. Buat LRT yang hanya 14km dari Georgetown ke Bayan Baru telan belanja RM400 juta satu km. Semua sekali RM6 billion.
Berkali ganda mahal dari MRT yang 51km dan ada 31 stesen yang hanya berkos RM21 billion sahaja. Baik buat MRT dari LRT.
Buat kajian terowong 61 kali ganda dari projek yang sama di Kanada. Terowong dasar laut Quebec City – Levis di Kanada panjangnya 7.8 kilometer, hanya belanja RM325,000 untuk buat kajian.
Guan Eng pula bayar RM305 juta untuk terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer dari Persiaran Gurney ke bahagian pulau. 61 kali ganda lagi mahal dari Kanada.
Kajian pun masih belum siap. Rakyat Pulau Pinang dah kena kelentong dah dengan Guan Eng. Bukan Zairil Khir Johari sahaja yang kena letak jawatan, suruh Guan Eng sama letak jawatan.
Banyak sangat korupsi dalam kerajaan DAP Penang ini. Rakyat Penang kena tukar Guan Eng. Selamatkan duit rakyat dari disonglap DAP & Guan Eng.
Tulisan :
Beruang Biru
BB607, Selasa
10 Oktober 2017
Beruang Biru
BB607, Selasa
10 Oktober 2017
No comments:
Post a Comment