AFP - ANGGOTA polis memeriksa mayat penyerang yang membunuh dua wanita di stesen kereta api Saint-Charles, Marseille, Perancis kelmarin.
MARSEILLE, Perancis – Seorang lelaki bersenjatakan pisau membunuh dua wanita di stesen kereta api utama di bandar Marseille, selatan Perancis kelmarin sebelum dia ditembak mati anggota tentera yang sedang melakukan rondaan.
Seorang mangsa disembelih oleh penyerang berkenaan yang memiliki rekod jenayah lampau dan berusia dalam lingkungan 30-an.
Beberapa saksi berkata, dia berteriak ‘Tuhan Maha Besar’ sebelum mengamuk.
Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerard Collomb berkata, kira-kira 12 saksi telah dipanggil untuk diambil keterangan mereka.
“Kejadian ini mungkin serangan pengganas, namun buat masa ini kami belum dapat mengesahkannya,” kata Collomb.
Seramai 7,000 askar yang dikenali sebagai unit Sentinelle telah dikerah untuk mengawal kawasan yang berisiko menjadi sasaran serangan pengganas di Perancis.
Identiti penyerang itu masih belum diketahui. – AFP
No comments:
Post a Comment