Tuesday, October 31, 2017

Lihat Wajah &Identiti ‘Datuk Seri’ Pukul RELA Kerana Minta Alih Kereta.



October 30, 2017 fruuoogg Viral


Datuk Seri‘ berpelakuan gangster yang dikehendaki polis selepas didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, Jumaat lalu, telah ditahan pada jam 4 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Katanya, perintah reman terhadap lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Ampang, esok (31 Oktober).



Wajah & Identiti “Datuk Seri” itu sudah dikenal pasti. Hasil pendedahan netizen, Datuk Seri itu dikenali sebagai Nicky Liow Soon Hee, berusia 29 tahun dan berbangsa cina. Dilihat pernah bergambar bersama bekas IGP, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan mengenakan pakaian kemeja logo ‘PDRM’.


Dipercayai menerima darjah kebesaran daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada tahun 2012.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, tiga anggota RELA iaitu Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing cedera bengkak di mata kiri, selain sakit di beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Mereka mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta ‘Datuk Seri’ itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.


Berikutan kejadian, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang, selain turut membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA.

Datuk Seri itu juga didakwa cuba rasuah anggota RELA terbabit untuk menarik balik laporan polis yang dibuat. 
Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin berkata, salah seorang mangsa telah dihubungi oleh seorang individu yang didakwa menawarkan wang RM10,000 jika mereka sanggup membatalkan laporan polis tersebut.

Datuk Seri terbabit telah mengarahkan seorang individu yang bertindak sebagai ‘orang tengah’ membuat tawaran itu. 
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Suspek juga boleh dikenakan hukuman dibawah seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana menawarkan suapan.
Sumber: INFOKINI



IKLAN:
giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..

Ini Solosi pekerjanya!

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails