Monday, October 16, 2017

Mahathir Gagal Tarik Minat Orang Ramai Hadir Tanpa PAS.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mampu menarik minat orang ramai untuk menyertai perhimpunan dan ia terbukti dengan kegagalan himpunan pembangkang semalam di Padang Timur, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Puad mendakwa himpunan semalam sebagai gagal dengan jumlah kehadiran orang ramai yang kecil dan amat jelas sekali tanpa penyertaan Pas dalam himpunan semalam jumlah peserta yang dianggar hadir jauh lebih kecil.
“Sekali lagi Pas membuktikan, tanpa Pas perhimpunan anjuran PH akan gagal.
“Memang kesian. Perhimpunan Sayangi Malaysia Anti kleptokrasi gagal mencapai matlamat. Bersih 5 juga gagal apabila Pas memulaukannya. Nampak sangat Tun M bukan crowd puller (tarik orang ramai),” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Puad, pemimpin pembangkang semasa himpunan itu juga sedar dengan jumlah kehadiran orang ramai yang kecil dan mengelak daripada menjawab soalan wartawan apabila ditanya tentang perkara itu.
“Kesian Mat Sabu (Mohamad Sabu). Sebagai perancang utama perhimpunan, Mat Sabu macam orang pekak bila ditanya media kenapa orang tak ramai.
“Azmin Ali (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) datang waktu petang tetapi tidak berucap. Malam langsung tidak nampak muka walaupun Selangor adalah tuan rumah,” katanya.
Bukan sahaja Dr Mahathir gagal menarik orang ramai hadir, malah ucapannya juga agak hambar dan pada penghujung ucapan orang ramai mula meninggalkan majlis, dakwa Puad lagi.
“Akibatnya ucapan Tun M menjadi anti klimaks. Hambar dan tidak bersemangat. Di penghujung ucapannya, orang ramai mula meninggalkan majlis.
“Tahu kenapa? Ucapan semua pemidato termasuk Tun M dan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) adalah sama,” katanya lagi.
Tegas Puad, pembangkang semalam memainkan isu yang diulang tayang dan sudah basi.
“Isu basi dan diulang tayang. 1MDB, GST, 2.6 Bilion dan tangkap MO1,” katanya. – MalaysiaGazette.

1 comment:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/


“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails