Seorang lelaki dan wanita melihat kemusnahan yang berlaku akibat letupan bom trak di Mogadishu kelmarin.- AFP
MOGADISHU – Angka kematian dalam letupan bom berkembar di sebuah persimpangan yang sibuk di tengah ibu kota Somalia, Mogadishu meningkat kepada 137 orang, menjadikannya antara serangan paling berdarah sejak pemberontakan Islam bermula pada tahun 2007.
Presiden Mohamed Abdullahi Farmaajo mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari dan menggesa orang ramai menderma darah dan menyalurkan derma kepada waris dan mangsa serangan itu yang berlaku kelmarin.
Sekurang-kurangnya 300 orang turut cedera dalam siri letupan tersebut.
Polis berkata, sebuah bom trak meletup di luar sebuah hotel di persimpangan K5 yang menempatkan deretan pejabat kerajaan, restoran dan kios.
Letupan kuat mengakibatkan beberapa bangunan ranap dan 12 kenderaan terbakar.
Dua jam kemudian, satu lagi letupan menggegarkan Daerah Medina di Mogadishu.
“Angka kematian meningkat kepada lebih 137 orang. Kami mendapat maklumat lebih 300 mangsa turut cedera,” kata pegawai polis tempatan, Mohamed Hussein sambil menambah, jumlah korban dijangka meningkat.
Setakat semalam belum ada pihak mengaku bertanggungjawab, namun kumpulan militan Al-Shabaab kerap melancarkan serangan Mogadishu dan beberapa kawasan lain.
Al-Shabaab menentang kerajaan Somalia yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Afrika (AU) dalam usaha menubuhkan kerajaan Islam acuan mereka.
Militan itu menguasai bandar Mogadishu antara tahun 2007 hingga 2011 tetapi berundur selepas pertempuran menjadi semakin sengit.
Tentera pengaman AU turut mengusir pejuang Al-Shabaab daripada sebahagian besar wilayah yang dikuasai mereka di Somalia. – Reuters
Haji Mat Sabu Kata Selepas Bola, Padang akan penuh, Tapi rupanya penuh dengan ini
No comments:
Post a Comment