Thursday, October 19, 2017

Muzium Cheng Ho Di Melaka Ubah Sejarah.






















HARI ini kami bersempatan melawat Muzium Cheng Ho dan beberapa lagi buah muzium di Melaka atas tujuan kajian.
Ketika tamat sesi lawatan, kami sempat berbual-bual dengan kurator Muzium. Bertanya tentang asal usul muzium, bagaimana boleh dibangunkan dan sebagainya.
Banyak yang boleh diceritakan, cuma fokus saya hanya satu. Apakah naratif sejarah yang difahami bangsa selain Melayu di Malaysia, khususnya bangsa Cina.
Ketika berceritakan tentang Melaka, beliau dengan bangganya menyatakan bahawa emapayar China Ming yang memajukan Melaka.
Dahulu Melaka tiada apa-apa, orang Melayu bukan orang asal, tetapi orang asli dan pelarian yang datang ke Melaka.
Rombongan Cheng Ho datang ke Melaka dan menunjukkan cara bercucuk tanam, memberi tunjuk ajar teknologi dan sebagainya.
Kami terkedu.
Tetapi kami biarkan sahaja, buat-buat tidak tahu untuk mendengar lagi penerangan beliau.
Inilah naratif yang difahami tentang sejarah di negara kita. Salah satunya hasil dari pengajaran dari silibus mereka di sekolah vernakular.
Melalui naratif ini, mereka menafikan Melayu sebagai sebuah peradaban di nusantara. Mereka menafikan segala sejarah dan pemilikan Melayu ke atas tanah ini.
Bagi mereka, empayar Melayu seperti Champa, Srivijaya, Kedah Tua, Melaka tidak wujud. Mereka menganggap tanah “nanyang” ini milik kerajaan Ming.
Usah berbicara tentang perpaduan, kalau kita sendiri tidak dapat mengangkat sejarah kita yang sebenar.
Kami pulang hiba, sambil melihat makam-makam Hang Jebat, Hang Lekiu, Syamsuddin Al Sumatrani terbiar, dan sejarah kegemilangan empayar Melayu Melaka hanyut dan terus tenggelam.
Siapakah yang kisah akan nasib bangsa ini? Jika sejarahnya yang hilang diabaikan begitu sahaja.
Tiada siapa yang kisah. Dan…
Perjuangan ini masih panjang.
p/s: Peta dalam buku teks China yang menunjukkan, tanah Melayu sebagai wilayah ke 19. Sumber peta Dr Geoff Wade (ANU)
Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE


IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

3 comments:

Anonymous said...

Sekarang ini pun Najib giat berusaha untuk mengembalikan tanah melayu ini kepada negara China. Tapi nampaknya, PAS buat tak kisah langsung.

Anonymous said...

KOMPOM DAP DAN PEMBANGKANG YG DISALAHKAN..

Anonymous said...

Apa dah jadi dengan Negara Sunnah Wal Jemmaah? Dah Tak kerja lagi? Ataupun Dah Bangkrup ?

Pak Lebai ini ada PHD Ekonomu dari Bangladesh, Pakistan, Mesir, Palestine, Yemen, Morocco, Algeria, Turki dan Somalia rupanya.

Cara meyelesaikan masalah Penganguran, pakat Hantar ramai2 Buruh Islam ke Luar Negeri, tiap2 bulan hantar duit untuk Menjana Ekonomi Negara.

Tak Malukah Pak Lebai bila Puak Liberal fitnah yang Pak Lebai menjual Ketuanan Melayu kepada Ostalia, kalau dah jadi Kuli, Mana Ketuanan Lagi, Taraf Melayu dah sama dengan Bangla, Pakistan Jual Karpet, Indon dan Arab Mesir.

Apa fatwa Pegawai JAKIM dan Pak Lebai, tak takut dapat dosa subahat kalau bangunan itu akan jadi kasino, rumah jalang, tempat minum arak, tempat mesyuarat gerakan menghina Islam dan dobi membasuh najis dan kencing Anjing.

Nak Tanya juga? Kenapa soal rezeki tidak dapat diselesai dengan 2 rakaat solat hajat? Kenapa rezeki orang yang ada kabel dan bagi tumbuk rusuk lebih murah dari orang Pak Lebai.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails