Wednesday, October 18, 2017

Nik Abduh Jawab Tun M Hina Bugis..


KUALA LUMPUR – “Di Kelantan tak ramai Bugis. Tapi saya ada ramai juga kawan Bugis sebab kawan-kawan saya memang seluruh Malaysia adanya. Kalau kawan Jawa tu memang takyah kiralah.. Tenggelam terus kawan Kutty.”

Demikian sindiran Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz keatas Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menghina kaum Bugis semasa berucap pada perhimpunan anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Kata Nik Mohamad Abduh, beliau sejak kecil menyedari bahawa Bugis memang layak digelar sebagai Pahlawan Bugis berdasarkan sifat kepahlawanan mereka mengikut sejarah.
Malah, kata beliau, penjajah zaman dahulu sangat sakit hati dengan Bugis kerana kepahlawanan mereka menentang penjajah sehingga melabelkan Bugis sebagai lanun.
“Sampai sekarang orang baik-baik akan memanggil Bugis sebagai Pahlawan Bugis. Adapun orang yang otak senget atau senget otak, mereka akan memanggil Bugis sebagai lanun Bugis.
“Dalam politik Malaysia, dalam PAS, lanun tak ada. Otak senget pun tak ada. Yang ada hanyalah orang baik-baik dan mempunyai sifat kepahlawanan Bugis walaupun mereka bukan daripada orang berketurunan Bugis.
“Dalam parti lain, ada tak otak senget, saya seganlah nak sebut. Tapi yang gelar Bugis sebagai lanun memang ada..,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Mahathir pada himpunan pembangkang di Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu lalu menyebut bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke tempat asalnya.
Pakatan Harapan dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Lapor MYNEWSHUB.CC


5 comments:

Unknown said...

Aloloooo lobai Hasyim........kenapa sibuk sangat, kutuk
Tun Mahadir sedangkan dalam Himpunan Kleptokrasi, tiada
seorang pun sebut pasal PAS. Pas is not releven to them.
Kami tahu, Lobia Pas takda masa nak jaga pasal Keltopkrasi.
Sibuk jaga aurat, camna nak bela jangut, dobi baju dan
camna nak cebok berak je. Jadi, tiada siapa
kisah lagi. Apasal Lobai Hasyim sibuk kutuk Tun.......???
Dia takda pun kutuk Lobai dan PAS.
Dia nak NYAHKAN NAJIB, si Bugis bodoh.
Orang Bugis tak bodoh, cuma Najib je yang bodoh.
Kalau Bugis bodoh, Bugis tak menguasai Nusantara di abad
18 dulu. Yang bodoh tu Najib, bukan Bugis.
Najib sendiri yang mengaku dia bukan MELAYU.
Dia PAHLAWAN BUGIS yang tak pandai melayarkan kapal.
Jadi, memang elok dia balik ke Bugis belajar macam mana
nak melayarkan kapal.
Tak perlu PAS nak sibu-sibuk membela Najib.
Tiada siapa kata PAS bodoh dan elok balik ke Bugis.
Kecuali PAS memang nak bersekongkol dengan BN in PRU14.
Kalay YA, katakanlah YA.
Jangna malu-malu kucing, tapi tak malu kencing-kencing.

Ibnu Hasyim said...

T. kasih cik Minah.

Terus terang saya jelaskan. Saya menentang DrM bukan kerana bernama Dr M, berketurunan mamak atau Bugis. Tetapi kerana perjuangannya anti Islam. Sejak muda sampai ke tua.

Dari muda sejak masuk UMNO, dibuang UMNO dan masuk UMNO, matikan UMNO dan tubuh UMNO dan keluar UMNO hingga sekarang. Dia antara pengagung undang-undang penjajah yang sekular menolak perundangan Islam. Membunuh orangPAS di Lubuk Merbau, dan ramai orang Islam di Memali, di Kedah. Rasuah dan salah guna kuasa, tak payah sebut, biar SPRM bongkarkan.

Yang penting bagi saya perjuangnnya menentang perjuangan Islam. Perjuangannya menafikan perlaksanaan hudud di Kelantan kerjaan yang dipilih oleh rakyat. Dan banyak lagi.

Sesiapa yang menentang Islam, mereka itu musuh Allah. Musuh dari dunia hingga akhirat. Tak kira wajahnya Melayu sendiri atau Arab sebangsa dengan Nabi sekali pun.

Itu baru muqaddimah. Sekian sekadar menjelaskan.

T.kasih cik Minah.

Anonymous said...

PAS sudah berkawan dengan UMNO,kawan2 semasa PRU13 semua dah tolak tepi.Sekarang dah konfiden menang melalui kawan baru.Tetapi sekiranya PAS kecundang pada PRU14 kali ini aku percaya PAS pastinya akan terhegeh2 rujuk dengan kawan lamanya demi untuk mengisi perut dan kesinambungan hidup.

Anonymous said...

October 18, 2017 at 8:05 PM
Kalau dah bodoh langsung dalam politik, tak usah komen la buat malu aja, jadi keturunan orang bodoh politik.

Kaw kaw said...

Ibrahim Ali menyebut Ada pemimpin batil makan gaji buta Dan tidak pedulikan rakyat kawasannya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails