Tuesday, October 31, 2017

Nizar Jamaluddin Dikhianati, Begitulah, Siapa Tak Kenal DAP?



Daripada jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin akhirnya dilucutkan jawatan menjadi Pengarah Pilihan Raya PH negeri.


Selepas Pakatan Rakyat (PR) dibubarkan DAP yang merupakan parti dominan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan 18 kerusi, PKR, 5 kerusi telah memilih Nizar dari Parti Amanah Negara yang hanya memiliki 1 kerusi sebagai Ketua Pembangkang merangkap Ketua Pakatan Harapan negeri.



Namun, DAP menilai semula peranan Nizar apabila PPBM diterima sebagai anggota ke-empat PH.
Pada 2 September, DAP bersetuju menggugurkan Nizar dan diganti dengan Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi PH negeri yang baharu walaupun PPBM tidak mempunyai sebarang kerusi dalam DUN Perak.

Baru-baru ini, Nizar sendiri mengaku beliau tidak dipilih semula sebagai Pengerusi PH Perak disebabkan untuk mengelakkan imej boneka DAP.

Ahmad Faizal ketika mengumumkan barisan kepimpinan PH Perak yang diterajuinya adalah seperti berikut :

PENGERUSI:
Ahmad Faizal Datuk Azumu (PPBM)
TIMB PENGERUSI:
Hj. Asmuni Awi (Amanah)
YB Nga Kor Ming (DAP)
YB Sen. Dr Mohd Nur Manutty (PKR)
KETUA SEKRETARIAT:
YB V. Sivakumar (DAP)
BENDAHARI:
YB Laksmana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Abd Hamid (PKR)
PENGARAH PENERANGAN:
YB Chang Lih Kang (PKR)
KETUA ANGKATAN MUDA:
Hasnul Zulkarnain Abd Munim (Amanah)
KETUA WANITA:
YB Wong May Ing (DAP)
PENGARAH PILIHANRAYA:
YB Dato Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin (Amanah)
AHLI JAWATANKUASA:
Datuk. Ngeh Koo Ham (DAP)
Yb. Wong Kah Woh (DAP)
Yb. Abdul Yunus Jamhari (PKR)
Dr. Muhaimin Sulam (Amanah)
Dr. Fakhruldin Mohd Hashim (Amanah)
Mohd Ibrahim Hanafiah (PPBM)
Mohd Azni Mohd Ali (PPBM)
Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh (PPBM)

AIDCNEWS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah caranya DAP mengkhianati rakan-rakannya sebagai batu loncatan mencapai cita-cita diktator politiknya.



IKLAN:
giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..

Ini Solosi pekerjanya!

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

4 comments:

Anonymous said...

dah melayu sesama Islam pun berpecah. Padan la muka. Nak cover, salahkan la pihak lain. In case terlupa.."Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu....(sambung sendiri)"

Unknown said...

NIZAR tak rasa pun dia diKHINATI, orang luar lebih sudu dari garfu.
Sah, ini berita pelesu aka FITNAH.
Mungkin Nizar lebih selesa jadi PENGARAH PILIHANRAYA.

Anonymous said...

Dah Abis Belum Siasat Pusat Judi Haram!

Pusat Judi Kat Yang Tersergam Teguh Gagah Perkasa Atas Puncuk Gunung , ada Pendapat Antum?

Dok Tahu Pulok Pak Lebal, Ada Judi Halal, Ada Judi Harem. Sanad Mana Ni? Kitab Gapor?

Pak Lebai Pning Palo, Mabuk Dunia !!

Kah Kah Kah

Allah Tahu Niat Kau Orang, IhkhlasNYa Puak Pak Lebal Ni Nak Hapus Judi Di Malaysia.




Anonymous said...

T.kasih Cik Minah.

Kalau Nizar, anggap ini berita palsu dan fitnah, keluarlah sesiapa bantu Nizar seperti Abd Hadi difitnah Serawak Report di London, yang menggunakan biaya tinggi.

Sekarang mana muka-muka huduh penyokong dan barua Serawak Report, sudah sembunyikan kepala di celah kangkang? Boleh ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails