SEORANG wanita bersama anak tiri lelakinya telah dihukum dengan undang-undang `rimba’ apabila mereka dibogelkan dan dipaksa melakukan seks di depan khayalak ramai, dirotan serta dipenggal kepala.
Ia hanya kerana mereka menghidangkan ikan kepada sekumpulan pengikut kumpulan pemberontak Kamuina Nsapu di Congo. Selepas dibunuh, darah wanita itu kemudiannya diminum oleh kumpulan terbabit.
Kejadian itu berlaku pada 8 April lalu di bandar Luebo di wilayah Kasaï-Occidental dan ia telah dirakamkan. Video berkenaan menjadi tular di whatsapp.
Dalam video terbabit, ketua kumpulan itu, Kalamba Kambangoma, dirakamkan menarik rambut wanita tersebut sebelum dia dibawa ke atas pentas untuk dipaksa melakukan seks dengan anak tirinya.
Mayat kedua-duanya dibiarkan di situ selama dua hari sebelum dikebumikan. Kumpulan pemberontak itu dijamu makan ikan yang merupakan larangan bagi mereka kerana ia dikatakan dapat menghapuskan ilmu kebal mereka.
Mereka makan ikan terbabit di restoran wanita itu. Anak tirinya turut menerima hukuman berkenaan kerana pada hari kejadian dia bekerja di restoran tersebut.
Kamuina Nsapu dilarang melakukan seks, mandi, makan daging, ikan dan beberapa jenis makanan lain ketika berperang.
Kumpulan itu telah menawan Luebo, yang mempunyai 40,000 penduduk pada 31 Mac lalu. Namun mereka hanya bertahan selama 20 hari sebelum tentera Congo merampas semula bandar tersebut pada 19 April.
Semasa menawan Luebo, Kamuina Nsapu telah membakar bangunan, gereja dan melarang orang ramai bekerja. Kanak-kanak pula dilarang ke sekolah. Lapor MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Puak yang kononnya pembela hak asasi manusia tidak bersuara masalah kezaliman manusia seperti yang disebut di atas. Yang zalim pada mereka adalah umat Islam yang 'baru menuntut' hak perlaksanaan perundangan Islam di negaranya sendiri.
Baru menuntut pun dah anggap zalim. Bengong sungguh balaci-balaci yang kepala otaknya dijajah oleh selain Islam, yang ada di Malaysia! Barua-barua ini berfikir lebih penjajah dari penjajah, yang tidak sedar diri! Mereka menolak perundangan yang menuju ke arah Islam dan kebaikan.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.
No comments:
Post a Comment