Sunday, October 01, 2017

Papar Angka Di Buah Dada, AirAsia Padam Iklan.


SEPANG – AirAsia terpaksa memadamkan iklan yang dimuat naik ke akaun Facebooknya setelah teruk dikritik netizen yang mempamkan syarikat penerbangan tambang rendah itu sebagai seksis.

Maklumat pembatalan dramatik iklan kontroversi berbaur hampir lucah itu disiarkan menerusi satu mesej daripada pasukan komunikasi korporat AirAsia kepada pelbagai portal berita tempatan semalam.
Mesej yang dipetik daripada laman itu berbunyi: AirAsia menyedari maklum balas yang diterima berhubung iklan yang dipaparkan di laman Facebooknya yang telah dikeluarkan selepas kajian menyeluruh.
“AirAsia ingin memohon maaf atas kesulitan yang disebabkan oleh iklan itu.” Iklan mengenai kempen promosi secara grafik tersebut memaparkan lukisan seorang wanita yang kelihatan seolah-olah menunjukkan buah dada.

Baca: AirAsia, FireFly Sindir Malindo Air Isu Calon Kena Bogel

Ayat utama yang tertera ialah “OMG! (ketik untuk lihat)”. Manakala tajuk kecil pada bahagian bawah iklan ‘panas’ tersebut pula berbunyi: “Anda bukan berangan-angan! 10,000 kerusi daripada harga serendah RM99.”
Apabila diketik, imej bersaiz penuh menunjukkan lukisan wanita yang agak teruja memegang angka “99” untuk memaparkan harga promosi istimewa tambang murah ditawarkan operator penerbangan popular berkenaan.
Sebelum itu, syarikat penerbangan Malindo Air pernah menjadi bahan jenaka AirAsia apabila menyiarkan iklan sindiran yang meminta calon pekerja tidak perlu menanggalkan pakaian untuk menjadi petugas kabin pesawat.
Dakwaan liar yang pada mulanya tular dalam kalangan netizen tempatan akhir Mac lalu itu bagaimanapun segera dinafikan oleh pihak pengurusan Malindo Air. – Agensi


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails