AIDCNews -26/10/17-Seorang pejuang liberal, kebebasan, hak asasi manusia, Tariq Ramadan dituduh merogol dan melakukan serangan seksual terhadap Henda Ayari yang di mahkamah Perancis.
Ayari yang juga Presiden Badan Liberators Association berkata dia pernah mendedahkan perkara itu dalam bukunya bertajuk “I chose to be free”, yang diterbitkan pada November 2016, namun memberikan nama samaran ‘Zubair’ sebagai penyerangnya.
Ketika itu, dia tidak menamakan ‘Zubair’ sebagai Tariq Ramadan atas faktor keselamatan. Dalam penulisannya Ayari berkata dia menemui lelaki itu di sebuah hotel di Paris selepas pemikir Islamis itu memberikan kuliah.
“Saya tidak akan ceritakan secara terperinci apa yang sudah dia lakukan pada saya. Cukuplah yang dia mengambil kesempatan ke atas kelemahan saya,” kata Ayari.
Dalam bukunya Ayari berkata lelaki itu menjerit, menghina, menampar dan melayannya secara ganas apabila pada satu tahap dia cuba memberontak.
“Hari ini saya mengesahkan bahawa ‘Zubair’ yang terkenal itu ialah Tariq Ramadan,” kata Ayari.
Peguam Ayari, Jonas Haddad berkata, plaintif tidak melaporkan serangan itu sebelum ini kerana ketakutan.
“Selepas pendedahan mengenai dakwaan rogol dan serangan seksual di media dalam beberapa hari kebelakangan ini, Ayari mengambil keputusan untuk menceritakan apa yang berlaku dan ambil tindakan undang-undang,” katanya.
Walau bagaimanapun, Tariq Ramadan menafikan dakwaan itu dan telah melantik Yassine Bouzrou, seorang peguam kanan di Paris untuk membelanya.
IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
1 comment:
Ni la bila setan masuk hati.
TURUTAN MAQAM SEORANG LIBERAL SEKULAR
1. Mula2 jadi liberal,
2. lepas tu jadi khadam Abu Lahab Penang,
3. Selfie Amoy langgar dada, janji sodap
4. Lempar mikrofon atas pentas
5. Pergi Zumba ramai2
6. Sokong LBGT
7. Sokong anti hadith
8. Sokong Oktoberfes
9. Semua nama2 Islam ditukar tanpa nama Islam. contohnya hospital Islam jadi hospital saja
dan Mujahid tukar jadi Mujahad
Bila semua benda2 dilakukan hawa nafsu tidak akan dapat dikontrol lagi sebab kejahatan sipolan2 menyebabkan setan pun naik takut
Post a Comment