PASIR PUTEH – Remaja berusia 19 tahun yang ditahan polis pada Selasa lalu setelah dipercayai memiliki kepakaran membuat bom merupakan seorang pelajar pintar di sebuah sekolah di daerah ini.
Menurut sumber, suspek yang masih menuntut di Tingkatan Enam di sekolah berkenaan dikatakan tidak pernah menimbulkan masalah displin.
“Penduduk kampung serta mereka yang mengenali remaja tersebut agak terkejut dengan berita penahanan pelajar itu.
“Malah kehadiran ramai pihak polis dengan kawalan ketat semasa menahannya menggemparkan penduduk sekitar,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teringatku akan kisah, Singapura Dilanggar Todak.
Pakar Buat Bom yang ditangkap Sama Taraf dengan Ikan Todak Yang Bakar Sekolah Tahfiz.
ReplyDeleteSatu Mabuk Dadah dan Satu Mabuk Ajaran Sesat.