AIDCNews -10/10/17- Di sebalik kesediaan DAP mengadakan Pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) sepertimana yang diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Lim Guan Eng telah merancang muslihat tersendiri untuk memanjangkan tempoh jawatannya sebagai Setiausaha Agung parti sekurang-kurang sehingga tahun 2020.
Meskipun pemilihan semula CEC bakal bermula pertengahan bulan depan, 12 Nov, di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, namun Guan Eng sepertimana dilapor Malaysiakini sudah menawarkan diri untuk kekal menguasai jawatan Setiausaha Agung DAP bagi penggal ketiga.
Mengulas perkembangan terbaharu itu, pemerhati politik Lim Sian See berkata ia bukan suatu perkara yang mengejutkan, malah sudah dijangka dari awal, walaupun dinafikan oleh beberapa aktivis DAP yang rapat dengan Guan Eng.
“Apabila saya orang pertama yang menegaskan bahawa Guan Eng mendapat manfaat besar sekiranya pemilihan semula CEC diisytiharkan tidak sah kerana dia akan memberi ruang kepadanya untuk memanjangkan tempohnya sebagai Setiausaha Agung dari 9 tahun hingga 18 tahun, Anthony Loke telah menyerang saya dan berkata saya berniat jahat dan berkata Guan Eng tidak akan melakukan perkara seperti ini. Gobind Singh juga memanggil saya dengan nama yang lebih teruk.
“Dia (Guan Eng) sepatutnya terpaksa berundur dari jawatan itu pada tahun lepas, tetapi kini dia boleh memanjangkan tempoh jawatannya sekurang-kurangnya hingga tahun 2021 atau pertengahan tahun 2022 ..,”ulas Lim Sian See dalam Facebook.
Pada 12 Julai tahun lalu, Anthony Loke dalam kenyataan medianya memberitahu Guan Eng tidak boleh lagi memegang jawatan Setiausaha Agung DAP kerana tempoh dia memegang jawatan itu adalah selama tiga tahun sepertimana yang termaktub dalam pindaan perlembagaan DAP pada tahun 2003.
Namun, katanya, Guan Eng masih boleh bertanding dalam CEC dan memegang jawatan lain, kecuali Setiausaha Agung DAP.
“Ia bukan satu persoalan meletak jawatan. Dia masih boleh bertanding dalam CEC. Di bawah perlembagaan parti, Setiausaha Agung hanya boleh berkhidmat selama tiga penggal. (Guan Eng) boleh berkhidmat di mana-mana jawatan lain (selepas itu), “kata Anthony.
Guan Eng sudah memegang jawatan Setiausaha Agung parti sejak dari tahun 2004.
Seorang lagi pemerhati politik, Azizi Safar berkata jika Guan Eng menawarkan diri sekali lagi untuk memegang jawatan Setiausaha Agung parti disebabkan RoS telah membatalkan pemilihan CEC sebelum ini, maka bagaimana pula dengan kedudukan Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat DAP yang diberi watikah perlantikan menjadi calon oleh Guan Eng pada PRU 13 dan PRN Sarawak 2016.
“Apakah kedudukan Wakil-wakil Rakyat DAP yang bertanding pada PRU 13 lalu dengan watikah yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP yang dipilih secara tidak sah?
“Apakah watikah yang mereka guna untuk jadi calon DAP pada PRU 13 lalu juga menjadi tidak sah?
“Jika tidak sah, apakah terbatal kemenangan mereka dalam PRU 13 itu?
“Bagaimana pula dengan wakil-wakil rakyat DAP yang menang kerusi dalam PRN Sarawak lalu?,” soalnya.
Tambah Azizi, tuduhan-tuduhan DAP yang mendakwa RoS sebagai alat pemerintah untuk menindas parti itu juga boleh dipertikai kerana dalam masa sama Guan Eng sendiri sudah melakukan tipu muslihat walaupun pemilihan semula CEC masih belum diadakan lagi.
“DAP tuduh RoS digunakan oleh parti pemerintah sebagai senjata untuk menindas DAP. Peliknya, yang kena tindas dapat panjangkan talian hayat politiknya pulak…
“Pening jugak nak pikiaq strategi yang diguna pakai ni…,”ulasnya lagi.
Negara Islam seperti Mesir, Sudan, Yemen, Pakistan, Bangladesh, Indonesia, Algeria, Chad, Mali, Comoros, Gambia, Guinea adalah Fail Stated. Kalau ada Negara Islam yang kaya pun, semua kemurahan Allah SWT memberi kekayaan minyak dan mineral. Bukan kerana kepandaian mereka mengatur ekonomi negara. Tanpa kekayaan minyak dan mineral, negeri Islam yang kaya itu akan menjadi FAIL State atau Republik Pisang.
ReplyDeleteTanah Pertanian kebanyakan Negara2 di atas dikuasai Malik atau Tuan Tanah yang berpaksikan system feudel,. Rakyat miskin terpaksa menyewa dari Tuan Tanah untuk bertani. Apabila hasilnya dituai, 80% peratus ke Malik, 20% ke Penyewa. Segala kos ditanggung petani.
Cara Tuan Tanah mendapat tanah sangat zalim. Ada tanah dirampas kerana kegagalan membayar hutang yang jumlahnya kadang2 hanya puluhan ringgit sahaja. Tuan Tanah lagi kejam dari Along. Bunga Riba berlipat ganda. Gagal membayar hutang, yang berhutang kena serahkan tanah atau anak perempuan untuk dijadi hamba abdi dan hamba sex.
Adilkah system ini? Inikah ekonomi Islam ? Kenapa ulamak di Negara itu tidak berdiam diri dan tidak menentang kezaliman Tuan Tanah? Semua pasal PULUS? Jika ada ulamak cuba buka mulut mengkritik, tahun depan tiada pemberian zakat dan derma kepada masjid dan madrasah, lebih parah tuan tanah yang rapat dengan Pemerintah akan tabur fitnah yang ulamak ni sesat dan menentang kerajaan.
Wujudkah keadilan politik di Negara2 Islam? Yang majority sentiasa menindas golongan minority walaupun yang minority itu beragama Islam dan satu Mahzab. Golongan minority seperti Orang Khurdis (di Syria & Iraq), Nubian & Coptic (di Mesir), Juba & Dafur (di Sudan), Badwi (di Saudia), Habshi ( di Yemen), Berber ( di Algeria, Tunisia dan Morrocco), Bihar (di Bangladesh) dan Balush & Kurdis ( Iran) dan Muhajir & Balush (Pakistan) sudah pasrah dan menyerah kepada takdir.
Hak mereka dibantai hanya kerana mereka golongan terpinggir. Mereka dipaksa meninggalkan segala2nya termasuk bahasa ibunda mereka. Mereka ditindas, dilayan sebagai pariah. System social tidak mengikut metrokrasi. Golongan minority sukar untuk menyambung pelajar di university dan tiada peluang untuk berkerja di kerajaan walaupun mereka lebih layak. Kalau nak berniaga pun, cuma berniaga jajan, cuci kasut, tampal tayar basikal, jahit baju dll.
Hatta, system mahkamah pun gagal melindungi minority, banyak kes minority kalah di mahkamah walaupun yang bersalah itu golongan majority Penindasan dan kezaliman ini dilakuakan secara terangan2 oleh golongan Syiah kepada golongan Sunni di Iran. Islam Tulenkah Negara Iran ini?
Ini bukan menghina Islam? Ini fakta. Islam yang ada sekarang ini tiada roh Islamnya, semua hanya retrorik dan propaganda politik. Pemimpin dan ulamak syok sendiri menjaja Islam itu Adil, tetapi faktanya Adilnya Islam hanya ujud ada dalam Quran dan Kitab, tetapi gagal diamalkan.
Mampukan PAS member keadilan kepada semua? Apa cara PAS menyelesaikan masalah orang Asli di Gua Musang dan Akta Tanah setengah2 Negeri yang melarang golongan Pendatang membeli tanah itu tidak mempunyai unsur system Jahiliyiah dari Mesir, Iran, Pakistan dan Afghanistan?
Janganlah kita menjanjikan bulan dan bintang, kalau kita tiada kemampuan. Buruk fitnahnya kepada agama Islam terutamanya bila kita gagal menunaikan janji2 kita.