Tuesday, October 24, 2017

Perangi Segera Jenayah 9 Naga. -Muhammad Khalil

Hasil carian imej untuk jenayah 9 naga

AKTIVITI haram termasuk keupayaan menguasai pihak penguat kuasa oleh sembilan ‘dragon’ sewajibnya dibenteras dan ditangani dengan tegas oleh pihak kerajaan kerana ia adalah masalah jenayah.


Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Nur Jazlan Mohamed bahawa kerajaan sentiasa memantau dan berusaha mengawal kegiatan mereka itu supaya tidak keterlaluan adalah terlalu naif dan mengundang kegusaran.

Demikian kenyataan Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pemuda PAS, Dewan Pemuda PAS Malaysia, melalui Harakah hari ini.

"Pengakuan beliau itu sebenarnya mengejutkan dan penuh persoalan seolah-olah kerajaan memerhati perkara tersebut sekadarnya dan tidak mampu untuk menyelesaikan. Malah seakan kegiatan itu dijaga dan dilindungi perkembangannya secara sambilan. 

"Isunya ia bukan masalah kenakalan atau moral, tetapi jenayah berat yang boleh menggugat dan mengancam keselamatan negara serta keharmonian rakyat. Cengkamannya telahpun merebak dalam sektor kerajaan sendiri apabila penguat kuasa boleh ‘dipegang’ dan dirasuah dengan mudah, selain didakwa berpengaruh untuk menukar sesiapa sahaja dalam tempoh 24 jam. 

"Bahkan memiliki kekuatan kewangan mengutip hasil hingga RM5 bilion sebulan dari kegiatan yang mereka jalankan. Sewajarnya ia diperangi untuk tidak merebak membarah sama sekali dalam masyarakat. Jangan hingga nanti wujud kesangsian dari ketidakpercayaan awam bahawa kerajaan terlalu lemah, atau lebih jauh dari itu lahirnya skeptikal mengaitkan orang politik punyai kepentingan dan bersekongkol dengan kumpulan seperti itu. 

"Ia akan menjadi situasi menakutkan bagi masyarakat dan penggera kecemasan mesti segera dibunyikan dan kerajaan wajib serta-merta menanganinya sebelum keadaan menjadi bertambah parah. Kita percaya pihak penguat kuasa utama negara yakni pasukan polis, termasuk KDN sendiri begitu memahami ‘tabiat’ serta potensi dari kegiatan, pelaku serta mara bahaya yang upaya ditimbulkan." Jelas Muhammad Khalil.

Oleh itu, Muhammad Khali dan Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri mengumumkan langkah segera yang bersepadu serta jaminan memastikan isu kritikal ini dapat ditangani. Kerana ia kini sangat berkait dengan integriti kerajaan sendiri dan kedaulatan negara. (IH)

Lihat sebelum ini..

IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

No comments:

Post a Comment