KUALA LUMPUR – Pemuda DAP Selangor menyambut baik keputusan kerajaan PKR Selangor meluluskan penganjuranan Festival Makanan dan Minuman Jerman (German F&B Festival) yang dianggap oleh ramai pihak sebagai satu pesta arak.
Berikutan kelulusan oleh kerajaan PKR Selangor itu, Ketua Pemuda DAP Selangor, Teh Hoong Keat meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak profesional dalam memberi pertimbangan dan kelulusan kepada penganjuran festival tersebut selaras dengan konsep demokrasi di negara ini.
“Pemuda DAP Selangor akan terus mempertahankan hak demokratik. Pemuda DAP Selangor melihat tindakan kerajaan Selangor melalui melalui Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebagai salah satu usaha dalam mempertahankan hak kepelbagaian kebudayaan masyarakat pelbagai kaum negeri ini.
“Sudah tentu, toleransi sedemikian memainkan peranan yang besar dalam membentuk masyarakat yang hidup harmoni,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Hoong Keat dalam pada itu berkata, tindakan Pemuda PPBM melancarkan petisyen “Hapus Pesta Arak di Selangor” merupakan pendirian parti kecil tersebut sendiri dan bukanlah pendirian bersama Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan dibarisi oleh DAP, PKR PPBM dan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) Lapor MYNEWSHUB.CC
3 comments:
Asalkan mereka Tak ajak atau pelawa orang Islam minum sama...... Lantak pi la ....
TU CAKAP BUDAK-BUDAK, BUKAN BERIHUJAH ISLAM..
Ko ni islam ke ?
Post a Comment