Thursday, October 12, 2017

RM400-KLIA2 Ke Wangsa Maju. Tak Dapat Bayar Tidur Dengannya.

Hasil carian imej untuk emandu teksi minta penumpang teman tidur, ganti tambang RM400

PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi didakwa mengenakan bayaran RM400 untuk perjalanan kurang daripada 76km dan meminta penumpang tidur dengannya jika tidak mampu membayar tambang itu. 

China Press melaporkan dalam kejadian 7 pagi 6 Oktober lalu, mangsa yang pada mulanya hendak menggunakan perkhidmatan Grab, dipujuk seorang pemandu teksi untuk menaiki keretanya yang mengenakan tambang lebih murah kerana menggunakan meter. 

Wanita berusia 52 tahun itu berkata, selepas menaiki teksi berkenaan, pemandu terbabit menggunakan sekeping kain untuk menutup meternya. “Saya tanya dia kenapa tutup meter? Dia asyik mengelak topik itu untuk mengalihkan perhatian saya.” 

Beliau bagaimanapun terkejut apabila pemandu teksi itu meminta bayaran RM400 untuk perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke rumahnya di Seksyen 10 Wangsa Maju. Wanita berkenaan berkata, beliau sekadar makan gaji dan hanya mampu membayar RM100. 

Katanya, lelaki terbabit meminta nombor telefonnya dan tidak membenarkan beliau keluar dari keretanya jika enggan membayar baki tambang itu dengan memasukkan wang ke dalam akaun banknya. 

“Saya terpaksa memberi nombor telefon saya kepadanya. Petang itu, dia menelefon saya dan tanya kenapa tidak masukkan wang. 
“Malah, dia ugut akan menyiarkan gambar saya dalam laman media sosial dengan melabelkan saya penipu. Dia juga bergurau jika tiada wang boleh tidur dengannya untuk menggantikan hutang itu.” 

Wanita itu mendakwa pemandu teksi terbabit menelefon beliau sebanyak 7 kali untuk meminta baki tambang dan mengugutnya. Mangsa yang dalam ketakutan dan tidak tahan dihina bertindak membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju pada jam 2 petang hari sama. (FMT)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails