MADRID – Sepanyol mengambil langkah untuk merampas kawalan langsung Catalonia semalam dengan memecat ketua polisnya sehari selepas Parlimen rantau berkenaan mengisytiharkan kemerdekaan yang mengejutkan seluruh Eropah.
Pemecatan Ketua Polis Serantau Mossos d’Esquadra, Josep Lluis Trapero dibuat berikutan pemecatan Presiden Catalonia, timbalannya, semua menteri dan keseluruhan Parlimen kelmarin.
Bagi membantah apa yang disifatkannya sebagai ‘peningkatan keingkaran’ itu, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy menggesa pilihan raya umum pada 21 Disember di rantau itu di bawah kuasa yang diberikan oleh Senat.
Tindakan itu diambil sebagai tindak balas terhadap Ahli Parlimen Catalonia yang mengundi untuk mengisytiharkan ia sebagai sebuah republik yang bebas.
Pemecatan Trapero yang dilihat sebagai sekutu pemimpin pemisah rantau itu diumumkan dalam warta rasmi kerajaan semalam.
Madrid menuduh Trapero tidak mematuhi perintah mahkamah agar menghalang referendum kemerdekaan yang diharamkan pada 1 Oktober lalu.
Sebaliknya, undi itu terganggu, berlaku keganasan dalam beberapa kes oleh pegawai-pegawai polis kebangsaan Sepanyol dan pasukan separa tentera agensi penguatkuasaan Guardia Civil.
Semua pihak minggu ini mahu melihat sama ada pemimpin pemisah, Carles Puigdemont bersedia untuk mengetepikan perutusan sementara dari Madrid.
Ketika berucap selepas pengisytiharan kemerdekaan di parlimen kelmarin, Puidgemont menyeru para aktivis agar mengekalkan momentum secara aman.
Semalam, di Madrid beribu-ribu orang awam menyertai demonstrasi menggesa perpaduan di Plaza de Colon, sehari selepas kawalan terus dikenakan terhadap Catalonia.
Timbalan Perdana Menteri Sepanyol, Soraya Saenz de Santamaria dijangka bertemu dengan setiausaha-setiausaha negeri yang mungkin akan mengambil alih kementerian di Catalonia tidak lama lagi.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Eropah, Donald Tusk menegaskan Madrid tetap akan menjadi pengantara bagi menyelesaikan isu tersebut, tetapi menggesanya bertindak tegas mengekang usaha tersebut.
“Saya berharap kerajaan Sepanyol akan memihak kepada hujah, bukannya pertikaian,” kata Tusk di laman Twitter.
Rantau Catalonia yang terdiri daripada empat buah wilayah memiliki kira-kira 7.5 juta penduduk. – AFP
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
No comments:
Post a Comment