BEIJING – Pihak berkuasa China dilaporkan mengarahkan umat Islam di negara itu untuk menyerahkan sejadah dan salinan Al-Quran milik mereka atau berhadapan dengan hukuman.
Pegawai wilayah Xinjiang telah memberi amaran kepada minoriti etnik Uighur bahawa mereka mesti serah barang keagamaan atas “hukuman berat” bakal menimpa, dakwa seorang pemimpin etnik itu yang berada dalam buangan.
“Kami menerima pemberitahuan mengatakan bahawa setiap etnik Uighur mesti menyerahkan barang-barang yang berkaitan dengan Islam dari rumah mereka.
“Ini termasuk Quran, buku doa dan apa saja yang mengandungi simbol agama,” kata Dilxat Raxit dari Kongres Dunia Uighur kepada Radio Free Asia (RFA), yang dikendalikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Arahan itu juga terpakai bagi etnik Kazakh dan Kyrgyz, kata RFA. Arahan berkenaan dikatakan diumum melalui rangkaian sosial WeChat. Bagaimanapun dakwaan terbaharu itu boleh dipertikaikan banyak pihak.
Ini kerana ia dilapor secara luas portal Britain, The Independent yang diragui kesahihannya. Untuk rekod ada lebih 30 juta umat Islam di seluruh China, majoritinya menetap di Beijing sejak Islam berkembang hampir 14 abad lalu.
Sebelum ini, Amnesty International melaporkan, kerajaan komunis Beijing “terus langgar hak kebebasan beragama dan menentang semua perhimpunan agama yang tidak dibenarkan” di wilayah itu.
Beijing turut menahan penulis Uighur. Ketegangan antara etnik itu dan Han Cina bermula pada tahun 2009 sehingga membawa kepada keganasan yang menyebabkan banyak kematian.
Beratus-ratus orang dilaporkan meninggal dunia dalam konflik yang berlarutan antara puak pemisah dan pemerintah China di Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur.
Beijing meletakan punca masalah kepada militan Islam, walaupun organisasi hak asasi mengatakan keganasan adalah reaksi terhadap dasar China yang menindas.
Pemberontak mendakwa rantau itu telah diduduki secara haram oleh kerajaan komunis China sejak tahun 1949. – Agensi
Gambar Ibnu Hasyim di Uighur puluhan tahun lalu..
Gerai jualan buah-buahan, milik orang Islam.
Gambar Ibnu Hasyim di Uighur puluhan tahun lalu..
Wow, ikan bakar! Walaupun ikan tak perlu disembelah, tetapi orang Islam lebih suka memakan makanan yang dibuat oleh orang Islam sendiri. Orang bukan Islam pun ada yang membelinya...
Daging ternakan yang disembeleh, masih jelas kepalanya..
Daging ternakan yang disembeleh, masih jelas kepalanya..
Gerai jualan buah-buahan, milik orang Islam.
No comments:
Post a Comment