KENAPA perlu suatu tragedi berlaku di Pulau Pinang sebelum kerajaan negeri Pulau Pinang dan kerajaan tempatan sedar tentang bahaya pembangunan berleluasa dan tidak mampan, terutamanya di lereng bukit? Atau adakah mereka akan sedar?
Dua tahun yang lalu, pada Disember 2015, Penang Forum, yang bimbang dengan pembangunan negatif seperti ini telah menganjurkan acara setengah hari bertajuk "Selamatkan Bukit-Bukau Kami" di mana pakar-pakar kejuruteraan, perancangan dan undang-undang telah membentangkan bahaya pembangunan di lereng bukit. (Pembentangan boleh didapati di laman web Penang Forum.)
Seterusnya Penang Forum telah meminta kerajaan untuk mengkaji semula dan menghentikan projek-projek pembangunan yang baru di lereng bukit. Kami amat dukacita kerana permintaan tersebut jatuh pada telinga pekak dan akibatnya adalah tragedi yang amat teruk berlaku pada 21 Oktober yang mana dijangkakan kira-kira 14 nyawa hilang dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pembinaan projek lereng bukit di Tanjung Bungah.
Penang Forum telah memulakan Penang Hills Watch (PHW), suatu inisiatif rakyat untuk memberikan maklumat mengenai pemotongan bukit yang dikumpulkan daripada orang awam kepada kerajaan negeri. Pada Januari 2017, PHW telah bertemu dengan kerajaan negeri. Kawasan di mana tragedi ini berlaku adalah kes pertama yang diketengahkan PHW kepada kerajaan negeri. (Sila layari laman web PHW.) Gambar-gambar pembinaan dan pemotongan bukit di laman web ini telah dibentangkan kepada kerajaan negeri yang mana jawapannya adalah "kerja tanah sedang dipantau."
Ketua Menteri Pulau Pinang dalam Garispanduan Keselamatan Pembangunan Lerang Bukit (Safety Guidelines for Hillside Development), menulis “Pihak Berkuasa Tempatan di Pulau Pinang (MPPP dan MPSP) perlu memperkasa unit Geoteknikal yang memproses dan meluluskan permohonan untuk pembangunan di lereng bukit, diikuti dengan penguatkuasaan tegas. Suatu pasukan pengawasan akan ditubuhkan untuk memastikan pematuhan dalam pembinaan dan pemantauan prestasi cerun.”
Persoalannya ialah apa yang telah berlaku selepas ini? Adakah Kerajaan Negeri dan Tempatan mengikuti garispanduan mereka sendiri? Atau adakah berlaku kecuaian?
Tragedi seperti ini seharusnya dihindari. Penang Forum menggesa suatu Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat apa yang berlaku dan bagaimana insiden seperti ini boleh dielakkan pada masa hadapan. Semua pihak, bermula daripada Jawatankuasa Perancang Negeri yang memberi kelulusan semua projek di lereng bukit, kepada Jawatankuasa One Stop Centre (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang juga meluluskan projek itu, para jurutera yang sepatutnya memantau projek-projek itu, para pemaju dan kontraktor yang menjalankan projek itu perlu disiasat dan bertanggungjawab.
Dalam pada itu, Penang Forum sekali lagi menyeru pihak berkuasa untuk:
- hentikan semua projek di lereng bukit dengan segera;
- segera meminda garis panduan 2009 tentang 'projek khas' agar dengan jelas melarang semua pembangunan di atas tanah bukit, kecuali jika ia adalah untuk tujuan awam yang penting;
- membaikpulih semua cerun dan kawasan terdedah dan gondol yang sedia ada untuk mencegah hakisan tanah lebih lanjut;
- menjalankan penguatkuasaan yang tegas, memberikan hukuman yang berkesan dan menghalang mereka yang membersihkan tanah secara haram atau tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan untuk mencegah hakisan tanah;
- pihak berkuasa tempatan memantau dengan kerap dan berkesan semua lereng bukit;
- mengisytiharkan dan memberi amaran kepada orang awam mengenai semua lereng bukit dan kawasan yang tidak selamat.
Sahabat Alam Malaysia
Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Malaysian Nature Society, Penang
Women for Change
Penang Heritage Trust
Friends of Botanical Gardens
Persatuan Penduduk dan Jawatakuasa Pengurusan Pulau Pinang yang mewakili 25 pertubuhan masyarakat.
Malaysian Nature Society, Penang
Women for Change
Penang Heritage Trust
Friends of Botanical Gardens
Persatuan Penduduk dan Jawatakuasa Pengurusan Pulau Pinang yang mewakili 25 pertubuhan masyarakat.
IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
2 comments:
Kerana DAP dibawah kuasa Abuya Penang yg hanya pentingkan banglo terlajak diskaun. Biar orang susah janji aku duduk banglo mewah harga murah
Mana mujahid mana mat sabu. Depa tu orang Penang. Mana Wan Ji mana sepudin. Depa tu baik dgn abuya
Post a Comment