Thursday, October 05, 2017

Zionis Cari Jalan Kaitkan Serangan Las Vegas Dengan Islam..
















LAS VEGAS, 14 Muharram 1439H, Rabu – Rejim Israel sengaja menyebarkan maklumat mengelirukan mendakwa umat Islam bertanggungjawab terhadap insiden tembakan di Las Vegas, kata sarjana Amerika.

“Puak propaganda Israel sanggup melakukan apa sahaja untuk memfitnah umat Islam.

“Tidak ada satu pun bukti terdapat hubungan dengan Islam, atau penglibatan Islam,” kata Pengarang dan Pengulas politik di Madison, Wisconsin, Kevin Barrett kepada Press TV.

Kumpulan pengganas Daesh mendakwa bertanggungjawab ke atas insiden konsert Las Vegas yang menyebabkan 59 orang terkorban dan lebih 500 lagi cedera. 

Bagaimanapun, para pegawai AS mengatakan ia tiada kaitan dengan pengganas antarabangsa.

Daesh berkata, serangan itu dilakukan “askar” kumpulannya sebagai tindak balas kepada seruan untuk mensasarkan negara-negara gabungan.

Pegawai AS memaklumkan, mereka sedang mengkaji tuntutan itu, tetapi masih belum menemui sebarang bukti yang menghubungkan penembak itu dengan mana-mana organisasi pengganas antarabangsa. – Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails