Sunday, November 12, 2017

180 Hari Lagi PRU 14. KM Cakap Besar, Siap Hukum DAP..


 
Bala seperti banjir yang menimpa Pulau Pinang pada minggu lalu selalu dikaitkan dengan ketentuan cuaca yang diluar kawalan manusia. Namun untuk cakap besar kerana tujuan politik konon negeri itu tidak mungkin akan ditimpa musibah banjir adalah satu bab lain.

Apa lagi Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada tahun 2015 pernah perlekeh kerajaan negeri Kelantan ' macam tidak ada kerajaan' masa negeri itu dilanda banjir besar. Malah pembangkang pernah dakwa ada unsur rasuah bila banjir berlaku seperti di Kuala Lumpur.

Inilah yang membuatkan kisah dan video Guan Eng sebak ketika memberitahu beliau menefon Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi pada jam 3 pagi Ahad lalu minta bantuan tangani negeri itu dilanda banjir menjadi viral dan bahan bualan ramai.

Berucap rasmi Persidangan Perwakilan Nasional Ke-46 Parti Gerakan di Kuala Lumpur Ahad,Zahid telah menyentuh kisah beliau memeluk Guan Eng sewaktu tiba untuk membuat tinjauan banjir di negeri itu. Katanya dari sudut bantuan kemanusiaan rakyat yang dilanda banjir kerajaan persekutuan buta warna sekalipun Pulau Pinang ditabir oleh pembangkang.

Atas sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri turun ke Pulau Pinang. Namun dalam membakar semangat ahli Parti Gerakan yakni parti komponen BN yang dulunya terajui kerajaan negeri Pulau Pinang beliau menilai pilihanraya umum ke 14 (PRU14) adalah masa terbaik untuk rampas balik negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri menilai bala banjir yang menimpa Pulau Pinang adalah satu kegagalan kerajaan DAP mentabir negeri dengan baik. Katanya banjir besar itu berlaku ketika kerajaan negeri mendabik dadak dakwa banjir tidak akan melanda negeri itu.

"Ya mereka tempelak kita kononnya bukan kerana tarahan bukit..konon bukan kerana pembangunan..ya benar 17 jam hujan turun tetapi jika pembangunan dirancang dengan baik..kita dapat lihat bagaimana banjir boleh bertakung begini,"katanya.

Zahid berkata kerajaan BN tidak pernah mempolitikan bantuan yang diberi namun ada pihak yang suka mempolitikkan segalanya.



Baginya rakyat sudah tentu dapat melihat kebencian yang cuba ditanam terhadap BN dan akan menghukum pemimpin dan parti itu pada hari penentuan nanti. Timbalan Perdana Menteri yakin parti Gerakan boleh kembali ke zaman kegemilangan dulu.

“Kekalahan Gerakan di Pulau Pinang dalam PRU12 pada 2008, hanyalah bersifat sementara,"katanya.

Apapun Zahid meminta semua parti komponen membuat persiapan rapi menjelang PRU14. Katanya jangan hanya persiapan diatas kertas. Menurutnya kata PRU 14 cuma 180 hari saja dari sekarang.

Katanya tarikh sebenar akan diumumkan oleh Perdana Menteri setelah melihat semua persiapan cukup rapi. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan beliau sentiasa mendapat maklumat mengenai apa yang berlaku.

Katanya beliau tahu siapa yang betul-betul buat kerja,siapa yang pura-pura,siapa yang hanya tunjuk muka bila menteri turun,siapa yang melobi nak jadi calon,siapa yang tiba-tiba tunjuk rajin tetapi sebenarnya tidak dan lain-lain.- 12/11/2017 (AD)

IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

3 comments:

Anonymous said...

http://www.sozpress.com/2016/02/lagi-kes-penduduk-kampung-dihalau-di.html

Lagi Kes Penduduk Kampung Dihalau Di Pulau Pinang.

Kampung Permatang Tok Subuh yang terletak di Bukit Minyak, Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa. 26 keluarga yang menduduki kampung ini telah menerima notis bailif pemilikan kosong yang mengarahkan mereka untuk mengosongkan rumah sebelum 4 Mac 2016. Rumah mereka boleh diroboh secara paksa bila-bila masa pada dan selepas 4 Mac nanti.

Kampung Permatang Tok Subuh sudah diteroka oleh penduduk sejak 70 tahun yang lalu. Distinct Class Sdn Bhd yang menggelar dirinya tuan tanah dikatakan membeli tanah tersebut daripada pemilik sebelum itu dan mengheret penduduk asal ke mahkamah untuk mengusir mereka. Keputusan kes di Mahkamah Sesyen Butterworth tidak berpihak kepada para penduduk dan sekarang notis pemilikan kosong telah dikeluarkan.

Para penduduk menuntut supaya hak perumahan mereka dijamin, iaitu perlunya rumah ganti sekiranya mereka terpaksa berpindah. Namun, Distinct Class Sdn Bhd enggan berunding dan cuba mengusir penduduk secara paksa.

Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh bertekad untuk mempertahankan kampung halaman mereka.

Boleh mengikuti perkembangan tentang perjuangan penduduk Kampung Permatang Tok Subuh di laman FB Pertahankan Kg Permatang Tok Subuh.

Harap komrad semua, kawan-kawan boleh berikan sokongan, atau idea penyelesaian kepada perjuangan Kampung Permatang Tok Subuh ini.

Read more: http://www.sozpress.com/2016/02/lagi-kes-penduduk-kampung-dihalau-di.html#ixzz4yCVIZSiT

Anonymous said...

http://utaranews.com/2017/07/warga-emas-kampung-mutiara-luah-rasa-sedih-dan-terkilan-bila-dihalau.html/

Warga Emas Kampung Mutiara luah rasa sedih dan terkilan bila dihalau

31/7/2017– Inilah kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP yang dibanggakan oleh para penyokong serta penganut-penganut Pakatan Harapan. Saban hari Kerajaan DAP Pulau Pinang menunjukkan tidak tahu langsung untuk menangani masalah rakyat negeri dan juga sensitif dengan kehendak marhaen.

Tidak menghairankanlah apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dibawah Ketua Menteri Lim Guan Eng sekarang ini disifatkan sebagai kerajaan negeri yang paling bebal dan paling tak sensitif pada rakyat negeri ini.

Semuanya berpunca dari Ketua Menterinya yang bukan sahaja didakwa kuat makan rasuah, tetapi juga sering buat lawak bodoh didalam menangani isu-isu yang membabitkan permasalahan rakyat.

Slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (C.A.T) yang diperkenalkan oleh pentabiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah sekadar slogan untuk mengaburi rakyat yang kononnya mereka lebih baik daripada kerajaan sebelum ini sedangkan perkara sekadar slogan sahaja.

Ini dibuktikan dengan kemelut yang sedang berlaku terhadap penduduk-penduduk kampung warisan melayu di negeri ini sejak DAP memerintah. Yang terkini adalah di Kampung Mutiara, Batu Feringghi yang berdepan dihalau dari kampung mereka.

Penduduk Kampung Mutiara sewajarnya diberi keutamaan oleh kerajaan DAP negeri kerana mereka juga rakyat Pulau Pinang yang kian terhimpit hasil dari pembangunan semasa. Apatah lagi kini mereka berhadapan risiko kehilangan tempat tinggal hasil dari penjualan tanah kampung mereka sendiri.

Penduduk terutamanya warga emas Kampung Mutiara meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan kerajaan negeri apabila dihalau secara paksa hari ini. Md Shariff, 80, adalah antara 500 penduduk dari 69 keluarga di kampung yang menghadapi pengusiran.

“Ini rumah keluarga saya dan mempunyai banyak kenangan manis.

“Saya memohon kepada pemilik tanah untuk tidak mengambil rumah kami dari kami,” kata Md Shariff.

Md Shariff teringat bahawa kampung itu dipanggil Kebun Sengkuang apabila keluarganya berpindah ke sana pada tahun 1953.

“Penduduk kampung kemudiannya bekerja sebagai nelayan ketika laut berada berdekatan. Terdapat kampung-kampung lain yang berdekatan iaitu Kebun Ah Goo dan Kampung Belacan,” katanya.

Md Shariff berkata beliau tidak dapat ingat apabila nama Kebun Sengkuang berubah menjadi Kampung Mutiara, dan ketika Kebun Ah Goo ditukar nama menjadi Kampung Rasa Sayang, namun beliau sedih jika kenangan manis di kampung berkenaan hilang selepas diusir nanti.

Mazunah Mohd, 67, pula berkata Kampung Mutiara pernah menjadi perkampungan nelayan tetapi sejak hotel-hotel mulai didirikan, para belia lebih suka bekerja di hotel-hotel ini.

Beliau berkata keluarganya tidak mempunyai tempat untuk pergi kecuali untuk mencari tempat untuk disewa jika mereka diusir.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sebelum ini berkata, perbincangan antara pemilik tanah Kampung Mutiara dan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon masih berterusan.Walaupun kerajaan negeri mempunyai kuasa, namun mereka dilihat seolah-olah enggan untuk campurtangan mempertahankan penduduk kampung berkenaan

Keputusan mahkamah sebelum ini, telah menolak permohonan yang dibuat oleh penduduk kampung untuk menghalang pemilik tanah daripada menjalankan perintah pengadilan kosong miliknya.

Menurut Zairil, kerajaan negeri tidak akan meluluskan sebarang pelan pembangunan di atas tanah jika penduduk diusir tanpa pampasan yang sewajarnya dan oleh itu pemilik tanah juga akan menghadapi masalah.

Penduduk Kampung Mutiara sebelum ini mendapat penangguhan sementara pada 29 Disember lalu apabila tindakan perobohan ditangguhkan selama sebulan selepas perbincangan dengan polis dan pendaftar mahkamah.

Hari ini pemilik tanah kampung berkenaan berkeras untuk merobohkan kampung tersebut walaupun dibantah oleh pelbagai pihak. –Utaranews.com

Anonymous said...

https://utaranews.wordpress.com/2016/12/14/23-buah-kampung-lenyap-selepas-dap-perintah-pulau-pinang/

23 Buah Kampung Lenyap Selepas DAP Perintah Pulau Pinang!

Sangat tragis… Kekejaman yang dilakukan oleh rejim DAP Pulau Pinang nampaknya lagi dahsyat daripada rejim Israel! Cuba korang bayangkan bagaimana kejamnya DAP… Hanya dalam tempoh dua penggal sahaja, sebanyak 23 buah kampung telah dilenyapkan dari Pulau Pinang.

Hati mana yang tidak sakit apabila kampung yang dihuni mereka sejak zaman nenek moyang lagi, tiba-tiba lenyap dek kerakusan dan kekejaman DAP. Sedih bercampur kecewa… Pemerintahan yang dipilih rakyat dahulu, rupa-rupanya kini sedang menindas mereka.

Bukan sikit bebb! 23 buah kampung kot! Habis orang Pulau Pinang hidup merempat setelah dihalau dari tempat tinggal mereka sendiri. DAP Pulau Pinang bertindak merampas perkampungan orang Melayu di Pulau Pinang dengan alasan nak buat pembangunan.

Majoriti yang paling banyak perkampungan dirampas adalah milik orang Melayu… Hanya segelintir perkampungan Cina dan India sahaja dirampas dan ditindas. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sangat kejam!

Langsung tidak menghormati orang Melayu di Pulau Pinang! Orang melayu diusir! Orang India ditindas! Malah orang Cina juga ada yang dihalau, walaupun kuantitinya hanya sedikit sahaja yang ditindas. Apa yang tinggal bagi mereka hanyalah orang-orang yang di tindas di Pulau Pinang.

Antara Kampung (Kg) yang telah lenyap di Pulau Pinang adalah Kg Permatang Tok Suboh, Kg Buah Pala, Kg Pokok Assam, Kg Dodol, Kg Binjal, Kg Batu Uban, Kg Tanjung Tokong, Kg Bagan Dalam, Kg Permatang Tepi Laut, Kg Pulau Jelutong Batu Maung dan Kg Lima Kongsi.

Saki baki kampung yang telah dilenyapkan adalah Kg Teluk Kumbar, Kg Dalca, Kg Sungai Nobong Kechil, Kg Tengah, Kg Terang, Kg Pondok Upeh, Kg Padang Benggali, Kg Gagah, Kg Nelayan, Kg Selut, Kg Siam, dan Kg Mutiara di Batu Feringgi.

Baru dua penggal je Lim Guan Eng memerintah dan berkuasa di Pulau Pinang tetapi sebanyak 23 buah kampung telah dihapuskannya. Agak korang, kalau makin lama Guan Eng memerintah… Apa lagi yang bakal dihapuskannya?? Adakah rakyat Pulau Pinang akan membiarkan Guan Eng terus melakukan kekejaman sedemikian?? – TiraGomez/UtaraNews

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails