Monday, November 06, 2017

200 Petugas, &30 Tan Makanan, Bantuan Awal PAS. -Datuk Iskandar


 iskandar yb


PAS akan menghantar bantuan awal 200 orang petugas dan 30 tan makanan ke Pulau Pinang, kata Ketua Pengarah Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia (Khidmat Malaysia), Datuk Iskandar Abdul Samad.
Beliau berkata, penghantaran tersebut akan dikelolakan oleh Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia (Khidmat Malaysia).
“Petugas-petugas tersebut akan datang dari Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat, Ameerah, Nusaibah, Skuad Kami Prihatin dan Skuad Khidmat,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.
Hasil carian imej untuk banjir pulau pinang
Hasil carian imej untuk banjir pulau pinang
Imej yang berkaitan
Selain dari itu, kata beliau Khidmat Malaysia akan mewujudkan ‘Dapur Rakyat’ di lima lokasi di Pulau Pinang.
"Tujuan program ini adalah untuk menyediakan makanan untuk mangsa-mangsa banjir dan para petugas," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS. – HARAKAHDAILY 6/11/2017




Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

1 comment:

  1. Mengaku bantuan awal PAS? Sedangkan bantuan datang dari kerajaan negeri Selangor, PKR pun tak mengaku walaupun Azmin Ali MB Selangor....semua perkara diambil untuk mendapatkan politik millage.

    ReplyDelete